aku baru je install amarok dalam ubuntu. Tapi dia tak boleh terus utk play mp3. Setelah google aku dapat arahan yang perlu diberikan di terminal.

arahannya adalah seperti berikut :

sudo apt-get install libxine1-ffmpeg

New HDD

In: Life

3 Jul 2009

Aku baru je beli hard disk 500 GB. Dah lama aku impikan hard disk 500 GB. Setelah beberapa tahun baru dapat merasa. Before this pc aku guna HDD 80 GB + 160 GB. Hdd yang 80 GB tu aku set kan sebagai 100% utk run operating system dan yang 160 GB tu plak sebagai semua data2 yang ada. Hari tu hard disk 160 GB nie dah nak penuh. Jadi mmg ada perancangan utk aku upgrade HDD.

Nak dijadikan cerita, sewaktu sedang belajar menggunakan linux operating system, aku tersalah format partition. Dan partition tersebut adalah partition hdd yang 160 GB tu. Jadi apa lagi, semua data kerja dan apa2 sahaja data dalam tu hilang la.

Sebenarnya mmg dah lama aku teringin nak guna linux. Tapi aku masih tidak puas hati font yang ada dalam linux yang membuatkan aku kurang senang ketika melayari internet. Jadi setiap kali aku surfing dalam linux mesti aku akan terasa nak bertukar ke windows semula. Berbeza pula dengan ubuntu yang baru keluar nie. Font dia lebih bagus dari versi yang sebelumnya. Tapi aku masih lagi tak puas seperti dalam windows.

Chepor

In: Life

28 Jun 2009

suatu ketika dahulu. lama dah aku impi nak mandi sungai. Tapi last sekali aku dapat mandi laut bersama keluarga aku. Dan sekarang aku dapat lagi satu peluang utk mandi sungai bersama rakan giatmara.

air sungai yang jernih di chepor dan keindahan yang terdapat pada waktu itu amat lah menyeronokkan kerana kami pergi ketika bukan musim cuti. Jadi dapatlah kami menikmati keindahan alam tersebut dengan aman. Turut serta dalam keindahan ini ialah aku, aiman, mirun, along dan zeti.

Setelah dua jam puas berendam kami pulang. Aku tertdo dalam keta. penat jugak mandi sungai nie hehe. Aiman plak sempat wat semua orang tekejut sebab hampir2 melanggar kereta mewah. Mungkin dia juga kepenatan

aiman , mirun n zul

In: Life

17 Jun 2009

sepanjang satu minggu nie. Aku menghabiskan masa aku di kompleks rawatan harian ipoh. Mengajar di tingkat 3 unit teknologi maklumat. Kursus nie berlangsung dari hari isnin sehingga khamis dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sepanjang aku bekeje nie plak. Aku ada sorang kawan yang hensem dan baik hati tolong hantar dan amek aku dari keje. Ha nama dia amirun fitri. Nama pn nak dekat dengan aku dah. Aku dan kawan2 panggil dia mirun je. pada kebiasaannye, mirun nie akan amek aku bersama aiman pada petang. Lepas je amek aku kami pegi minum2. Hari pertama minum kat sanjung. Hari kedua plak mkn laksa kat taman polo, dan hari ketiga plak minum kat sanjung semula. Esok tak tau lagi macam mane.

Pastu tadi lepas je lepak minum2 kat sanjung tu. Kami terus pegi ke botani. Sambil2 lepak kat sanjung tu si zul faka nie datang. So waktu kat botani tu dia ada sekali la. Hehe. Dalam waktu keje2 nie aku masih sempat lagi ke botani. kuang2. bile la nak ada taman lain kat ipoh yang aku leh pegi

Aku amat terkejut mendengar berita senior aku (ammar zulkifli) yang telah kembali kepada NYA baru2 ini. Adik nya ikhwan zulkifli merupakan rakan sebaya dengan aku. Apa2 pn kita doakan agar beliau ditempatkan ke dalam syurga amin.

Bersantai @ Teluk Batik

In: Life

9 Jun 2009

Hari nie pegi teluk batik dengan family aku. Aku rasa nie mcm sejarah baru. Ye la family aku bukan kuat pegi bercuti @ makan angin pn sekarang. Entah tiba2 mak aku sms ari tu ajak pegi teluk batik. Ini bermakna aku terpaksa cancel semua urusan aku hari nie. So tadi sampai la jugak aku kat teluk batik yang aku pernah jejak masa aku kecik2 dlu. Dah besar nie baru hari nie la jejak.

kat sana buat ape lagi kalau bukan byk mandi pantai. haha seronok jugak. sampai aku pening la jugak mandi pantai tu. Then aku mandi2 siap2 tukar pakaian. pastu makan tengah hari plak kat tepi pantai. Bleh tahan la mkn sambil tengok pantai. Tapi aku byk diam sebab letih + pening. Dah abes mkn aku pegi snap2 gambar dengan adik aku. Pastu g beli baju cap teluk batik. Then kami balik. Kul 5 petang aku dah sampai dekat rumah dah

About this blog

Blog ini bertemakan tentang kehidpupan peribadi penulis. Disamping terselit sedikit info dan juga kisah2 lain yang boleh dijadikan rujukan atau bahan ketawa atau apa jua yang tidak bersangkutan. Blog yang tidak penuh makna. Tiada pembaca yang tetap. Kalau ada Terima kasih =)

Photostream

  • Fiera: kak fira nak komen mepek2 ni...tp cm xder idea plak..kne minum kopi janda dulu kot baru dpt idea...n [...]
  • mish_violet: suda nengok.. menarek n besh! hehe [...]
  • MFitri: hehe.. yang dua orang tu dok detim :D [...]
  • mish_violet: huhu.. besh mandi.. p mashe maw langgar naceb tdo.. idak da jerit.. hehe.. anda kesejukan.. mi [...]
  • MFitri: hehe.. sebab mende nie dia guna internasional. so mungkin boleh jadi rujukan orang luar [...]

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

My Shouts

  • brotop
    email
    wah abg programmers nie..ape cite,lame xdgr cite...jhohohho
    4 July 2009
  • MFitri
    email
    hai meor :D
    30 June 2009
  • Virus@
    email
    AAAAaaaaaaaaoOOOOOooouuuuUUUUUuuu!!!!
    30 June 2009
  • MFitri
    email
    hehe.. ada hint tak ? aku cari tak jumpe
    22 June 2009
  • Munet
    email
    ko tanak ke adjust ko punye css untuk buang border around email icon tu?
    22 June 2009
  • MFitri
    email
    waalaikumusalam. ha meh2 ziarah
    20 June 2009
  • intan
    email
    assalamualaikum...salam ziarah... :)
    20 June 2009
  • MFitri
    email
    haha.. tak tau nak p mana dah kat ipoh nie
    19 June 2009
  • Munet
    email
    nape sume gambar ko kat botani? lol
    18 June 2009
  • MFitri
    email
    hehe tu la sunyi je shoutbox aku
    14 June 2009
Your Shout

Iklan