Universal PCB Aircond
Ini kali kedua aku tukar PCB untuk aircond kat rumah. Kali pertama aku lupa berapa tahun aku guna aircond tu. mungkin sekitar 3-4 tahun guna lepas tu masalah. almost 24 hours aircond tu run
Kali pertama aku call LG dan nak minta warranty sebab kat situ tulis warranty untuk unit compressor adalah 10 tahun. Kita pun cuba la nasib walaupun aku boleh jangka kebiasaannya kita akan terima pelbagai alasan untuk mereka tidak rugi
Lepas dah call dah bincang, mereka cakap masalah PCB dan perlu tukar. Harga PCB masa tu RM350 dan harga upah pun RM350. Mereka maklum bahawa PCB tidak termasuk dalam warranty
Setelah fikir panjang. aku decide nak tukar. dan setelah tukar aircond tu ok sehinggalah 2025 masalah datang kembali seakan sama…
Aku pun taknak bagi peluang dekat LG lagi. Sebab dah tukar original masih lagi sama. Maka dengan itu aku buat keputusan untuk tukar Universal PCB sahaja.
Lepas dah tukar dan aircond boleh digunakan, rasa gembira dan berharap tahan la lagi 2-4 tahun.
Tapi bukan rezeki nampaknya. Lepas 24 jam, masalah yang sama timbul.
Next plan = Tukar aircond baru je lah!