Tukar HDD

zzz

Pegi data center utk tukar hard disk pada salah satu server yang tiba2 hard disk backup dia kong tanpa membuat sebarang isyarat atau memberi amaran. Lalu aku pon pergi la pada waktu yang biasa iaitu waktu orang blk pejabat. Kenapa pilih waktu ni ? sebab waktu ni orang tak ramai sangat jalan bisnes atau visitor pada website tak terlalu tinggi.

Kalau tukar time kemuncak orang tengah ramai masuk website nanti mesti ramai pelanggan yang memekik walaupun kadang2 hanya nak reboot server yang hanya memakan masa 4 minit.

Nak dijadikan cerita lepas siap tukar hard disk server tu tak nak hidup terus. Godek punya godek rupanya power supply dia dah mati. Rasa agak selamat dan bernasib baik ada spare dalam rak yang lain. Cepat2 tukarkan power supply dan hidupkan server.

Alhamdulillah berjaya melakukannya dengan hanya satu komplen dari pelanggan yang perasan server tu not respond.

photo

Dah selesai angkat server dan hidupkan server, dapat pulak santapan yang menyelerakan. nyum2. Tapi bila tengok status kat FB rupanya housemate aku kelaparan. Cepat2 blk dan teman dia makan plak hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *