
ahaks tadi pegi mandi air terjun bersama kawan2 giatmara. Aku ajak qayyim sekali. Tempat dia kat puncak tu mmg cantik la air terjun dia. tapi nak pegi tempat nie agak menyeksakan moto kesayangan . Kene sewa moto kros ke moto lasak ke baru elok g tempat nie sebab jalan nak naik dia pheww. sakit moto aku haha.

Lepas lepak2 mandi. pegi makan plak kat kedai makan liflee. Pastu terus lepak flat syam utk solat zohor dan tunggu sampai asar. Lepas tu ajak plak qayyim pegi tengok taman botani kat simpang pulai tu.
So far so good la kata orang

Gambar pemilik Moto Ex5 plat ADY 5629 dilaporkan hilang setelah beberapa hari moto LC yang sebelum ni hilang. Namun begitu moto LC berjaya dijumpai oleh pihak polis di sungai siput dan pemilik moto LC tersebut disyaki meragut. Orang yg curi tu ragut guna moto tuan moto. Jadi nama tuan moto sekarang nie tengah sangkut kat balai polis. dalam minggu nie atau minggu depan baru selesai.
Ape2 doa semua nya berjalan dengan lancar.

Ha. Dapat lagi cokelat dari kawan cumil yang dok kat terengganu. Dia study kat new zealand sane tu. ape lagi yg boleh dibuat selain dari paw beliau utk menikmati cokelat yg lazat. Haha~! Nyum2~

Semalam waktu tengah lepak2 dengan kawan2 giatmara. Lepas je keluar dari sebuah bangunan. kami mendapati moto salah sorg dari kawan kami telah hilang. Usaha mencari disekitar taman yang tidak sebesar mana itu telah pun dilakukan. Namun masih tidak menjumpai. Kemudian kami membuat laporan polis tentang kes ini. Hope dapat selesai cepat
Buat sesiapa yang terjumpa boleh la tolong2 roger~
Moto LC plat no AGM 7605

Baru2 nie nazri datang rumah aku lepas dia abes final. Seminggu dia duduk rumah aku. Lepas tu family aku plan nak ke perlis pegi ngadap adik aku yg nak spm tahun nie. So secara kebetulan nie direct terus hantar nazri kat rumah dia. Jadi sebagai balasan aku plak la nak duduk kat rumah dia hehe. Lama dah tak jenguk parents dia kat perlis tu. Disamping aku pn dah lama tak pegi perlis mengimbau kenangan lalu.
Sama seperti nazri duduk kat rumah aku dalam seminggu, tak byk aktiviti yg boleh dibuat sebab sekarang nie musim hujan. Jadi tak boleh nak keluar sangat. Just byk lepak rumah saje menghabiskan masa depan laptop dan juga tdo.
Dekat perlis tu aku berjaya jugak pegi melawat along giat yg belajar kat UNIMAP. Pastu lawat plak sahabat yang merajuk ngan aku (Mr. omaQ). Lastly omaq berjaya dipujuk dan dia belanja aku kat kedai roti 60 jenis. Macam2 roti ada.