Data Center Ground Floor

IMG_20151203_194204

IMG_20151203_194159

Ini lah dia Data Center yang sekarang ni aku rajin melawat. Pernah juga ada orang kata data center ni buruk. Buruk tak buruk tak penting sangat kot. Yang penting udara yang sejuk demi untuk kesihatan server dan juga uptime yang baik dan juga bekalan elektrik yang baik.

Selama dua tahun pengalaman aku dengan Data center ni. Alhamdulillah tiada sebarang masalah sangat. Cuma bila diorang renovate mcam ni dan ketatkan bahagian sekuriti, membuatkan aku rasa macam menyusahkan pula.

 

Green Tea @ Teh Hijau

teaBaru2 ni aku mencuba green tea @ teh hijau sebagai sumber kesihatan diri. Dah lama sebenarnya aku berenti minum teh sebab orang kata teh ni membuatkan badan berangin. Jadi utk orang yang ada masalah angin dalam badan macam aku nie, mmg aku cuba elakkan minum sebarang jenis teh

Tapi agak berbeza dengan teh hijau ni rupanya, sebab sepanjang seminggu aku mengamalkan teh hijau ni, takde sebarang kesan angin mendatang.

Meh kita list sikit beberapa kebaikan @ khasiat green tea @ teh hijau ni :

1. Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

2. Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

3. Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

4. Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

5. Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

6. Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

7. Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

8. Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Sumber rujukan :

http://www.usahawan.com/kesihatan/khasiat-dari-manfaat-teh-hijau.html

Susu vs air kosong

susu
alhamdulillah masih lagi diberikan kesihatan oleh DIA buat masa ini. Aku percaya sekarang byk sangat jenis penyakit yg baru datang melanda kat muka bumi yang penuh dengan perilaku manusia manusia yang lalai untuk mengingati DIA.

Jadi ramai orang cuba untuk menjaga kesihatan masing2. Aku juga amat mementingkan kesihatan tubuh badan (mcm tak tepat je) pasal aku sendiri tak buat senaman.

Insyaallah masih belum terlambat utk aku tanam azam nak buat senaman tahun 2015 ni. Kalau ikutkan sekarang pon dah nak mulakan senaman, tapi luka dalaman pembedahan yang aku buat masih belum sembuh

Entry bebelan kali ni mcm tak ada kaitan dengan title / subjek di atas. Cuma bebelan kosong

 

Tahniah Hero!

apisTahniah Kepada sahabat ni yang berjaya maju kehadapan membina keluarga sendiri. Semoga beliau tabah menghadapi ujian dalam melayari bahtera kehidupan. Maka tinggallah Encik Mior yang masih lagi bujang. Dengar khabar beliau juga tidak lama lagi akan maju setapak lagi kehadapan meninggalkan perkataan bujang beliau

Minta maaf jugak dekat pengantin baru ni sebab tak dapat nak singgah atas kesihatan anak yang tidak baik. Insyaallah kalau ada jemputan kawin untuk kali seterusnya aku akan cuba pegi! haha

 

Banjir

banjir

 

Banjir yang sedang melanda sekarang ujian yang diturunkan oleh Allah, atau mungkin juga peringatan dari Allah utk kita manusia akhir zaman yang sering melakukan dosa

Aku mendoakan kepada semua mangsa banjri moga selamat semua nya. Aku juga berdoa kepada insan perihatin yang membantu agar mereka mendapat ganjaran pahala atau apa jua ganjaran yang dapat Allah berikan kepada mereka

Kemas mengemas

IMG_0928

Ha ini lah aktiviti yang dilakukan masa tengah cuti. Setelah sekian lama tak mengemas meja office since the first day aku kerja dekat sini. Alhamdulillah diberi kekuatan dan keizinan dari Allah utk aku kemas meja. Almaklumlah, kebersihan tu kan sebahagian daripada iman.

IMG_0927

Akhirnya meja dah pon bersih dari sebarang habuk kotoran dan lapang sikit dari yang sebelum ni. Tak amek gambar utk yang sebelum ni sbb terlalu semak. Kang korang terperanjat plak haha. So start dari lepas ni boleh la bekerja dengan semenagat baru (ecewah)

IMG_0929Ok opis ada lipas bukanlah disebabkan meja yang semak ni. Tapi sebab dulu dekat bawah office ni ada kedai makan. Lipas tu jalan dan membuat markas kat dalam office aku jgk. Mungkin markas kat kedai makan tu dah penuh agaknya.

Semasa membuat tinjauan bersama bos. Aku dah dapat kenal pasti kat mana markas diorang nie. Dah berjaya pindahkan mereka ke tempat asal blk haha.

Selamat pengantin Baru

napis

Nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan di atas yang baru sahaja menamatkan riwayat bujang beliau. Actually tak la baru sangat since dah berapa bulan berlalu. Aku doakan sahabat aku di atas dapat menjadi ketua keluarga yang baik dan dapat lahirkan zuriat yang baik jugak.

Majlis berjalan dengan lancar di Ipoh dan juga Putrajaya. Tapi agak sedih sebab tak dapat nak pegi kenduri dekat Putrajaya sebab masa tu my wife tengah mengandung tak larat sangat masa tu.

napis2

Byk jugak kenangan yang anda bersama sahabat yang lain yang turut membantu menjayakan majlis tersebut sampai ada yang kejang kaki di pagi2 buta hehe.

Melantak Sampai Senak

IMG_0628

Sesi melantak dengan kawan2 utk meraikan sorg sahabat yang bakal berkahwin tak lama lagi. So masing2 konon2nya tak makan dari pagi sampai ke mlm semata2 nak melantak dan melahap spt orang tak makan satu tahun. Tapi aku percaya yang diorang takkan dapat melantak dengan sepuasnya pon kalau kita ambil konsep dari berpuasa.

Yes, dengan berpuasa dan semasa berbuka kalau korang perasan makan sikit pon dah terasa kenyang makan macam 10 pinggan, itulah nikmat berpuasa. Tapi tak mengapa sebab antara 4 orang ini ada seorang Hero yang boleh menghabiskan makanan yang byk sampai kedai dah nak tutup baru pulang

 

IMG_0626
Antara yang menarik dan first time aku rasa adalah daging yang disalut dengan kopi. Pergh dia punya rasa mmg best. Tapi bila makan byk2 muak plak rasanya.. Hua hua hua. Soon mior punya birthday mungkin boleh plan kat sini atau tempat2 lain yang lebih menarik 😀

 

Agen insuran

Aku pasti ramai yang terkena dengan panggilan dari pelbagai agen insuran. Video diatas just buat bahan ketawa je. takde kena mengena dengan kehidupan aku pon.

Persoalannya yang bermain difikiran ialah, pihak mana yang tidak bertanggungjawab beri no telefon sesuka hati utk diganggu oleh pihak insuran spt ini.

Tukar HDD

zzz

Pegi data center utk tukar hard disk pada salah satu server yang tiba2 hard disk backup dia kong tanpa membuat sebarang isyarat atau memberi amaran. Lalu aku pon pergi la pada waktu yang biasa iaitu waktu orang blk pejabat. Kenapa pilih waktu ni ? sebab waktu ni orang tak ramai sangat jalan bisnes atau visitor pada website tak terlalu tinggi.

Kalau tukar time kemuncak orang tengah ramai masuk website nanti mesti ramai pelanggan yang memekik walaupun kadang2 hanya nak reboot server yang hanya memakan masa 4 minit.

Nak dijadikan cerita lepas siap tukar hard disk server tu tak nak hidup terus. Godek punya godek rupanya power supply dia dah mati. Rasa agak selamat dan bernasib baik ada spare dalam rak yang lain. Cepat2 tukarkan power supply dan hidupkan server.

Alhamdulillah berjaya melakukannya dengan hanya satu komplen dari pelanggan yang perasan server tu not respond.

photo

Dah selesai angkat server dan hidupkan server, dapat pulak santapan yang menyelerakan. nyum2. Tapi bila tengok status kat FB rupanya housemate aku kelaparan. Cepat2 blk dan teman dia makan plak hehe.

1 2