Archive

Archive for the ‘Life’ Category

Buka puasa

August 31st, 2010 MFitri No comments

Heh, Today bukak posa dengan semua staff dekat area sunway pyramid. Ramai ada tadi. Masing2 bawak keluarga masing2. Tempat tu terlalu lah ramai orang dan amatlah meriah sehingga aku tak boleh fokus nak makan (alasan) padahal tak reti nak makan makanan laut. Haha. So aku makan sket nasi goreng je la.

Categories: Life Tags:

Putrajaya + PC Fair

August 8th, 2010 MFitri No comments

Setelah sekian lama tidak memegang kamera. Akhirnya dapat juga aku pegang kamera semalam setelah berjalan jalan sekitar putrajaya semalam. Tak byk gambar yang diambil. Just penuhi masa bercuti aku yang sangat byk haha. Dan tak terlalu lama juga. Aku bersiap sekitar jam 8 dan bertolak menggunakan pengangkutan awam sekitar jam 9.30 dan mula sampai ke arah tujuan sekitar jam 11.

Hoho sangat lama. Tapi takpe aku kat sana pn tak lama jgk sebab penat kot + cuaca yang panas. Jalan sekerat berenti dan berenti. Pastu singgah plak solat zohor kat alamanda Sekitar 2pm.

Oh ya. Dlu2 aku selalu pegi taman botani dekat ipoh. Dan sampai skrg aku amat cintakan tempat tersebut. Aku pernah google yang ada satu tempat di putrajaya juga terdapat nama taman botani. So semalam aku sempat pergi taman botani kat putrajaya. Tapi tak sempat pusing abes la pulak. Nanti harap dapat pegi and pusing sampai abes untuk tahu lebih lanjut ape yang ada kat dalam tu. By the way kat luar dia pn nice jgk.

Dari stesen KTM kajang aku bergerak menuju ke stesen KTM KLsentral dan dari KL sentral menuju ke KLCC untuk pergi dan turut serta bersama PC Fair di sana. Sampai sana aku tak igt kat mane nak pegi sebab aku pernah pegi sekali je pc fair kat KLCC masa tahun 2007. Sekarang dah 2010 hehe cepat masa berlalu.

So tak cakap byk dan malas nak bertanya sebab penat. Aku ikut je mane orang bawak plastik @ kertas pc fair tu datang. Aku ikut dan ikut dan akhirnya berjaya memasuki dari tingkat tiga di pc fair terseubt.

Turun dan turun masih tidak jumpa apa yang dicari. At last terjumpa jgk dekat bawah sekali.

Jeng jeng jeng. Since dah lama headphone rosak. Asyik pinjam headphone dak opiz aku je. So skrg dah ada headphone sendiri. tak perlu meminjam lagi.

Categories: Life Tags:

Bas RapidKL

August 7th, 2010 MFitri No comments

Hai, First post untuk bulan ogos. Rasa macam kejap je dah berapa bulan ada Kat area selangor nie. Tapi masih tak tahu banyak jalan. Jalan paling expert adalah pegi balik rumah dan juga pejabat. Disamping telah temui jalan baru yang lebih dekat untuk pulang ke rumah disamping tidak melalui roadblock.

So berbalik kepada topik. Korang boleh tengok gambar kat atas tiket bas rapidKL yang aku naik. Harga yang tertera RM1.90 dan kebanyakan orang yang beri duit adalah RM2 termasuklah aku.

Apa yang aku perhatikan tiada pulangan RM0.10. Adakah RM0.10 tu adalah upah kepada pemandu atau service cas lain yang terdapat pada RapidKL ?

Saje je tulis sebab menda tu persoalan je dalam kepala. Kalau ada sape2 yang tahu boleh la bagi pendapat :D

Categories: Life Tags:

Isu mudah ~

July 25th, 2010 MFitri 2 comments

Hari tu buat kali kedua aku kena pegi CBJ1. Isu kali ni yang diperkatakan oleh bos adalah client tersilap setting windows dia membuatkan windows dia tak automatik login dan membuatkan dia tak boleh nak RDC (remote desktop control).

So setelah set masa utk pergi ke cyberjaya. Aku pn menaiki la moto aku. Dah sampai sana pn agak lambat gak. So pegi lah masuk aku ke ruangan server dan pergi lah ke rack server seperti yang tertera pada kertas yang aku telah catat sebelum aku beredar tadi.

Aku pun godek2 la dalam windows dia. Aku tengok dah automatik login dah. Lepas tu aku pun saja2 try nak masuk google. Tengok2 tak lepas. Rupanya dia pegi disable kan internet connection.

Phew tertawalah aku sorang diri kat situ sambil enable dan terus pulang.

Categories: Life Tags:

Ipoh-KL-Ipoh-KL

July 17th, 2010 MFitri No comments

Dalam bulan nie aku rasa dah 2 kali aku blk ipoh dalam masa yang singkat. Hari tu baru je balik. 2-3 hari lepas tu balik ipoh lagi. Bukan demam rindu rumah or anything. Just aku kena selesaikan masalah yang baru menimpa.

After dapat mimpi about masalah aku tu. Aku balik mencari jalan. Namun mimpi hanya mimpi setelah aku pulang mendapati aku terpaksa solve juga problem tu secara sendiri. Hope that aku berjaya atasi semua ni :)

Categories: Life Tags:

Me @ Cyberjaya

June 21st, 2010 MFitri 6 comments

Semalam buat pertama kali aku menjejakkan kaki aku kat data center. First time masuk dalam ruangan server. Since semalam ada problem sket dengan windows punya server. So bos suruh aku pegi data senter untuk betulkan something supaya dia boleh remote balik ke windows server tersebut.

Sangatlah sejuk sampai kebas kaki aku dok dalam tu. Masa keluar pn masih bersweater lagi.

Categories: Life Tags: