Windows xp sata driver

Saturday, October 4th, 2008

“Setup did not find any hard disk drives” during Windows XP Installation”

pernah tak korang jumpa error macam nie waktu nak format laptop @ komputer korang ? Perkara sedemikian berlaku ke atas diri aku sendiri beberapa hari lagi sebelum raya. Hal ini berlakunya kerana driver sata tidak dimiliki dan kita perlu mencari driver tersebut.

error tersebut kelihatan seperti rajah di bawah :

ada dua cara sebenarnya utk menyelesaikan masalah yang di atas. caranya ialah samada kita menggunakan disket atau kita menggunakan cd baru utk melakukan pemasangan windows xp tersebut.

Jadi pada kali ini aku menggunakan cara menggunakan cd memandangkan sekarang penggunaan disket adalah suatu yang agak “kuno” bagi kita.

Jadi ikutilah langkah di bawah ini :

1. Download software nLite
2. open nLite lepas tu browse folder windows xp punya installation ( CD Windows xp ) boleh rujuk gambar di bawah :

3. Lepastu dia akan suruh select folder utk simpanan sementara file2 windows xp installer. Jadi anda boleh create folder baru dengan apa jua nama yang anda inginkan. boleh rujuk gambar di bawah :

4. Kemudian dia akan buat satu salinan yang baru pada komputer folder yang baru sahaja anda buat tadi.
5. tekan butang next sehinggalah anda akan jumpa satu paparan yang menyerupai di bawah ini :

6. Jadi setelah jumpa sahaja paparan di atas sila tekan “Drivers” dan juga “Bootable ISO”
7. tekan next
8. Kemudian tekan insert > Single driver
9. Pilih file driver utk sata (sila rujuk rajah di bawah)

hint! : Driver sata boleh didapati di laman web driver bagi sesebuah pc atau laptop yang anda gunakan

10. satu lagi paparan akan keluar seperti di bawah ini :

Selesai sudah kemudian anda boleh membuatkan file2 tadi kepada bentuk ISO. dan setelah ISO selesai anda perlu burn ke dalam cd kosong dan seterusnya cuba install windows xp dengan cd yang baru di burn tadi

selamat mencuba !

LOCK ICON

Monday, February 4th, 2008

 

Huh ari ni aku sangat penat ketika berada kat giatmara tadi.bukan ape..semalam baru sampai dari KL pastu dah nak kena pegi kelas plak.nasib baik lepas rehat pukul 1 tadi tak de cikgu masuk..sempat la aku lelap kejap.ehe skrg bukan nak cerita pasal giatmara

Nak cerita tadi Dj wan (nasyidfm) call henset aku..tekejut gak aku sebab dia mana penah call aku saja2 hehe.rupanya tenet dia tak leh masuk.. dia cakap ada tanda lock dekat LAN icon tu.

Aku pun buat la kajian cam biasa tanya dekat pakcik google.pastu jumpa la satu artikel

Solutions :

click on your network icon, go to properties, then Advanced, Then the Settings button under Windows Firewall. You can then turn the firwall off.

 

Microsoft offers to buy Yahoo for $44.6 bln

Monday, February 4th, 2008

source from here

Open Source At Microsoft

Tuesday, September 25th, 2007

Microsoft has announced the new “Open Source At Microsoft” for real. Microsoft offers a number of opportunities for open source researchers, developers, and businesses to get started on the Microsoft platform. Microsoft offers open source project hosting on CodePlex.

Read more at http://www.microsoft.com/opensource

Cara Tukar IE Title

Saturday, September 1st, 2007

pagi ni saja aku tulis artikel ni untuk sesiapa yang kena virus yang dah tukar title dekat internet explorer (IE) korang.. Antara title yang telah ditukar oleh virus tersebut ialah :

1. Haha
2. hacked by malaysia hackers
3. hacked by pokemon

ok kat sini pandai2 korang la kot kan nak setelkan virus tu cam ne.. aku just nak kasi tutorial macam mana nak tukarkan title dekat IE tu je… Ok jom mulakan :

1. tekan start

2. tekan run

3. tulis regedit

4. press enter

5. scroll @ expend dan cari menda ni :

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\InternetExplorer\Main

6. cari Window Title

7. tukarkan title tu

8. Siap

Mykamus Website versi beta

Saturday, July 14th, 2007
The image “http://mykamus.com/assets/images/mykamus.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

 

Laman web mykamus baru di naik taraf. Ianya sedang di perbaiki untuk kemudahan pengunjung dengan fungsi-fungsi baru. Haraf maaf kalau ada terkurang-sana sini.

Antara yang menarik adalah
1. Kamus Inggeris Melayu Online Percuma
2. Penyemak Ejaan Online dalam Bahasa Melayu
3. Senarai pembendaharaan kata untuk individu.

Sila daftar sekarang. Pendaftaran adalah percuma