Berakhirlah sudah

Sunday, April 17th, 2011

Maka berakhirlah sudah tugas aku kat pc fair selama dua hari. Penat usah dikenang la. Masa tengah tulis nie pn tengah tak ckup rest but masih kena kerja jap lagi. Apa yang aku rasa best masa pegi kat pc fair nie sebab dapat tag nie je haha. Kalau takde tag nie kena ikut laluan khas utk visitor. Tapi dengan ada nya pass nie aku ada kuasa nak pegi jalan ikut pntu mana2 yang aku suka. So mcm vvip sket la hua hua hua.

And this is still my bad in sales. Aku tak reti buat sales. Kalau org tu kata tanak aku tak reti nak yakin kan dia supaya bg dia nak. Aku cuma reti jual kat org yang mmg dah nak beli n aku yakin kan dia lagi dan dia suka dengan service aku thats all.

Kalau dari mula nak cerita sampai z kat beliau yang aku nak introduce kat product aku boleh cerita. Tapi nak tarik suruh dia beli. Mmg satu azab la. Haha.

 

Meet me

Thursday, April 14th, 2011

Besok aku akan ada kat pc fair KLCC. Wakil dari syarikat. So, sapa2 yang datang pc fair boleh la datang jengok2 aku kat sana. Kalau baik hati beli produk yang kita org jual haha.

 

Perak Vs kelantan April 2011

Wednesday, April 13th, 2011

Hehe, walaupun aku tak la tengok bola sangat. And boleh dikatakan tak amek tahu pun. Tapi sebagai org perak aku rasa terpanggil plak utk mengumumkan keputusan smlm.

Perak = 4
Kelantan = 0

Tahniah!!! utk semua pemain bola sepak malaysia. Majulah sukan utk negara hua hua hua.

 

Mati ke kalau takde FB

Monday, April 11th, 2011

Ramainya org runsing @ macam gila la konon2nya kalau tak dapat akses ke FB. So aku saja je terpikir Mati kah diorang ini semua kalau FB nie ditutup pada masa akan datang ?

Setakat nie idup aku takde la memerlukan FB nie sangat. Dia ada pn takpe, takde pn takpe. Cuma aku heran je why ada sesetengah org yg mcm nak gila bila tak dapat akses fb.

Apa2 pn aku takde la nak buat satu status atau kempen supaya facebook dan seangkatannya ditutup, sebab hadirnya diorang nie aku ada nampak sedikit impak yang bagus.

Apa dia impak yang bagus tu ? ha meh sini nak cite, Dlu2 aku rajin ajak kawan2 aku mengenali internet. Tapi punya la susah diorang nak terjebak diri dengan komputer dan internet.

Lalu dunia IT berkembang maka masa tu terkenallah dengan myspace dan friendster, aku takde pn account 2 mende tu masa tu. Tapi aku tengok la bdk2 dah ramai sentuh komputer bila hadirnya menda tu.

Haha ok lah, nie je pun nak tulis masa tengah free2 nie. Kang tah bile plak dapat update :D

 

Steam pak guard

Thursday, March 24th, 2011

Ha, Tadi baru je lepas upgrade (format) windows 7 aku kepada Service pack 1. Tak tau la ok ke ta. Just untuk mencuba dan main taram saja. Tapi tadi google pasal sp1 nie macam ada bad review. Harap2 tak ada apa2 prob sgt la. Sebab aku malas tul nak format lagi sekali.

Tapi nie menda baru yang aku notice kat steam masa nak install Counter strike source tadi. Ada plak pak guard dari steam nie muncul. Haha

Rizal kawin

Thursday, March 24th, 2011

Hari tu sempat gak aku pegi wedding si rizal dak opiz aku. Walaupun ari tu aku tengah keje. Tapi sempat jgk la pegi. Pegi pn tak boleh lama sebab kang bos bising keje tak siap. Hua hua hua. Bukan bos je bising, Customer pn bising gak sebab lambat respon.

Haha, ok tutup cite pasal keje. apa pn selamat pengantin baru lah. Lauk kenduri ari tu mmg sedap :D