
Hai, First post untuk bulan ogos. Rasa macam kejap je dah berapa bulan ada Kat area selangor nie. Tapi masih tak tahu banyak jalan. Jalan paling expert adalah pegi balik rumah dan juga pejabat. Disamping telah temui jalan baru yang lebih dekat untuk pulang ke rumah disamping tidak melalui roadblock.
So berbalik kepada topik. Korang boleh tengok gambar kat atas tiket bas rapidKL yang aku naik. Harga yang tertera RM1.90 dan kebanyakan orang yang beri duit adalah RM2 termasuklah aku.
Apa yang aku perhatikan tiada pulangan RM0.10. Adakah RM0.10 tu adalah upah kepada pemandu atau service cas lain yang terdapat pada RapidKL ?
Saje je tulis sebab menda tu persoalan je dalam kepala. Kalau ada sape2 yang tahu boleh la bagi pendapat

saya akui rm0.10 adalah duit.sekarang kekerapan penumpang menaiki bus 50% tak selalu.oleh itu anggap ia sebagai sedekah,amal jariah kawan.jangan ingat rm0.10 besar kawan.kecik sangat.kalu rm10 lain ler.lupe nak cakap,kalau nak result yang lagi cantik,JOIN RAPIDKL DRIVER.MASIH TERBUKA UNTUK ANDA.
Hehe adakah anda seorang pemandu bas rapid ? Jika ya terima kasih atas jawapan tersebut.
Ini bukanlah satu pertikaian… cuma nak tahu je duit tu tersalur dekat mana =)