Buka puasa

Tuesday, August 31st, 2010

Heh, Today bukak posa dengan semua staff dekat area sunway pyramid. Ramai ada tadi. Masing2 bawak keluarga masing2. Tempat tu terlalu lah ramai orang dan amatlah meriah sehingga aku tak boleh fokus nak makan (alasan) padahal tak reti nak makan makanan laut. Haha. So aku makan sket nasi goreng je la.

Putrajaya + PC Fair

Sunday, August 8th, 2010

Setelah sekian lama tidak memegang kamera. Akhirnya dapat juga aku pegang kamera semalam setelah berjalan jalan sekitar putrajaya semalam. Tak byk gambar yang diambil. Just penuhi masa bercuti aku yang sangat byk haha. Dan tak terlalu lama juga. Aku bersiap sekitar jam 8 dan bertolak menggunakan pengangkutan awam sekitar jam 9.30 dan mula sampai ke arah tujuan sekitar jam 11.

Hoho sangat lama. Tapi takpe aku kat sana pn tak lama jgk sebab penat kot + cuaca yang panas. Jalan sekerat berenti dan berenti. Pastu singgah plak solat zohor kat alamanda Sekitar 2pm.

Oh ya. Dlu2 aku selalu pegi taman botani dekat ipoh. Dan sampai skrg aku amat cintakan tempat tersebut. Aku pernah google yang ada satu tempat di putrajaya juga terdapat nama taman botani. So semalam aku sempat pergi taman botani kat putrajaya. Tapi tak sempat pusing abes la pulak. Nanti harap dapat pegi and pusing sampai abes untuk tahu lebih lanjut ape yang ada kat dalam tu. By the way kat luar dia pn nice jgk.

Dari stesen KTM kajang aku bergerak menuju ke stesen KTM KLsentral dan dari KL sentral menuju ke KLCC untuk pergi dan turut serta bersama PC Fair di sana. Sampai sana aku tak igt kat mane nak pegi sebab aku pernah pegi sekali je pc fair kat KLCC masa tahun 2007. Sekarang dah 2010 hehe cepat masa berlalu.

So tak cakap byk dan malas nak bertanya sebab penat. Aku ikut je mane orang bawak plastik @ kertas pc fair tu datang. Aku ikut dan ikut dan akhirnya berjaya memasuki dari tingkat tiga di pc fair terseubt.

Turun dan turun masih tidak jumpa apa yang dicari. At last terjumpa jgk dekat bawah sekali.

Jeng jeng jeng. Since dah lama headphone rosak. Asyik pinjam headphone dak opiz aku je. So skrg dah ada headphone sendiri. tak perlu meminjam lagi.

Bas RapidKL

Saturday, August 7th, 2010

Hai, First post untuk bulan ogos. Rasa macam kejap je dah berapa bulan ada Kat area selangor nie. Tapi masih tak tahu banyak jalan. Jalan paling expert adalah pegi balik rumah dan juga pejabat. Disamping telah temui jalan baru yang lebih dekat untuk pulang ke rumah disamping tidak melalui roadblock.

So berbalik kepada topik. Korang boleh tengok gambar kat atas tiket bas rapidKL yang aku naik. Harga yang tertera RM1.90 dan kebanyakan orang yang beri duit adalah RM2 termasuklah aku.

Apa yang aku perhatikan tiada pulangan RM0.10. Adakah RM0.10 tu adalah upah kepada pemandu atau service cas lain yang terdapat pada RapidKL ?

Saje je tulis sebab menda tu persoalan je dalam kepala. Kalau ada sape2 yang tahu boleh la bagi pendapat :D