
Semalam waktu tengah lepak2 dengan kawan2 giatmara. Lepas je keluar dari sebuah bangunan. kami mendapati moto salah sorg dari kawan kami telah hilang. Usaha mencari disekitar taman yang tidak sebesar mana itu telah pun dilakukan. Namun masih tidak menjumpai. Kemudian kami membuat laporan polis tentang kes ini. Hope dapat selesai cepat
Buat sesiapa yang terjumpa boleh la tolong2 roger~
Moto LC plat no AGM 7605

Baru2 nie nazri datang rumah aku lepas dia abes final. Seminggu dia duduk rumah aku. Lepas tu family aku plan nak ke perlis pegi ngadap adik aku yg nak spm tahun nie. So secara kebetulan nie direct terus hantar nazri kat rumah dia. Jadi sebagai balasan aku plak la nak duduk kat rumah dia hehe. Lama dah tak jenguk parents dia kat perlis tu. Disamping aku pn dah lama tak pegi perlis mengimbau kenangan lalu.
Sama seperti nazri duduk kat rumah aku dalam seminggu, tak byk aktiviti yg boleh dibuat sebab sekarang nie musim hujan. Jadi tak boleh nak keluar sangat. Just byk lepak rumah saje menghabiskan masa depan laptop dan juga tdo.
Dekat perlis tu aku berjaya jugak pegi melawat along giat yg belajar kat UNIMAP. Pastu lawat plak sahabat yang merajuk ngan aku (Mr. omaQ). Lastly omaq berjaya dipujuk dan dia belanja aku kat kedai roti 60 jenis. Macam2 roti ada.

Hari sabtu lepas nazri dah sampai ipoh. Dia sekarang dah abes exam dan sedang cuti final. Jadi sblm dia balik perlis dia singgah dulu rumah aku utk beberapa hari. Kebetulan family aku ada hajat nak ke perlis jumaat nanti. So satu hala dah nak ke rumah nazri nie.


Kali nie dia datang dia cakap dia tak pernah pergi gua kek lok tong. Jadi aku sempat bawak dia pergi lawat2 gua tu. Gua nie dekat je dengan rumah aku. kalau jalan kaki 10 minit pun dah leh sampai dah.

Kalau ikutkan hati aku lebih pilih utk menggunakan AMD sebab AMD punya harga sangat murah jika nak dibandingkan dengan produk intel. Tapi setelah beberapa tahun aku menggunakan AMD secara terus tanpa mencuba produk dari Intel aku mendapat satu peluang utk menggunakan produk dari Intel ini apabila mendapat satu prosesor core 2 duo model yang lama.
Setelah mencuba lebih kurang 3 bulan, aku mendapati mmg byk perbezaan ketika aku menggunakan AMD dahulu. performance yang diberikan pada intel core 2 duo yang digunakan aku kini lebih memberansangkan. Jika sewaktu menggunakan AMD dahulu aku masih rasa sikit lag ketika membuka folder. Dengan intel core 2 duo yang aku gunakan kini tiada sebarang lag yg sama aku jumpa pada amd sblm ini.
Walaupun telah berpuas hati dengan penggunaan Intel, tak bermakna aku melupakan AMD secara terus. Aku cuma mengharap dalam diam agar prestasi dari AMD dapat ditingkatkan agar dapat bersaing dengan lebih mendalam dengan Intel. Aku vote yang murah je. GO GO GO~!. Biasalah sebagai seorang pengguna mesti mencari produk yg murah tapi berkualiti.
Tapi kadang2 kita kena sedar ada sesetengah produk kita bayar utk ape yg kita dapat

MSN yang telah lama bertapak di dunia internet bercadang utk menukar wajah yg baru. Lebih simple dengan warna putih. Boleh lihat terus preview web muka baru MSN di
http://www.msn.com/preview.aspx
Recent Comments