
Semalam aku ym dengan mirun yang mengajak aku pegi beraya dekat taiping. Aku tak tahu rumah siapa. Tapi katanya perancangan ke rumah fatin. Fatin merupakan kawan kampus aku di politeknik. Beliau sekelas dengan aiman dan juga mirun.


perjalanan ini menggunakan 2 buah kereta yang dipandu oleh along dan juga aiman. Perjalanan pergi dalam keadaan yang lancar. Alhamdulillah sampai dengan tiada gangguan sesakan lalu lintas. Selepas ke rumah fatin, Kami ke rumah efa iaitu merupakan awek kepada syam. So dapat la syam jumpa parents si efa tu.


Selepas ke rumah efa kami patah balik menuju ke teronoh utk pergi ke rumah syuk yang merupakan kawan giatmara sewaktu dahulu. Pada ketika ini berlakunya kesesakan lalu lintas. Jadi kami tiba di rumah syuk agak lewat. Dalam keadaan keletihan kami semua pulang menuju ke rumah terakhir iaitu rumah mirun.

Recent Comments