Go Raya

Wednesday, September 23rd, 2009

Semalam aku ym dengan mirun yang mengajak aku pegi beraya dekat taiping. Aku tak tahu rumah siapa. Tapi katanya perancangan ke rumah fatin. Fatin merupakan kawan kampus aku di politeknik. Beliau sekelas dengan aiman dan juga mirun.

perjalanan ini menggunakan 2 buah kereta yang dipandu oleh along dan juga aiman. Perjalanan pergi dalam keadaan yang lancar. Alhamdulillah sampai dengan tiada gangguan sesakan lalu lintas. Selepas ke rumah fatin, Kami ke rumah efa iaitu merupakan awek kepada syam. So dapat la syam jumpa parents si efa tu.

Selepas ke rumah efa kami patah balik menuju ke teronoh utk pergi ke rumah syuk yang merupakan kawan giatmara sewaktu dahulu. Pada ketika ini berlakunya kesesakan lalu lintas. Jadi kami tiba di rumah syuk agak lewat. Dalam keadaan keletihan kami semua pulang menuju ke rumah terakhir iaitu rumah mirun.

Pagi Raya

Sunday, September 20th, 2009

Ya ini lah gambar yang sempat di snap oleh adik aku. Masa nie dah lepas solat raya. Aku ngan adik aku tunggu semua org turun makan kat bawah. Pastu kami buat sesi snap gambar sendiri. haha

Last Puasa

Saturday, September 19th, 2009

Hari last puasa nie sepupu2 mula la dah ada datang. So tadi campur dengan family aku ada 3 family semuanya berbuka puasa kat rumah aku. Meriah suasana dengan kanak2 yang ada. Lompat girang menyambut hari raya yang bakal menjelang.

Kepada semua Kawan2, Selamat Hari raya ku ucapkan =)

Receive kad raya

Friday, September 18th, 2009

Pagi tadi dalam pukul 8 pagi tersedar ada sekeping surat atas meja aku. Aku meneliti dan dari penelitian dibuat aku dapat teka siapa yang hantar kad raya tersebut. Terima Kasih byk buat beliau yang sudi menghantar kad raya jauh dari malaysia. Hope raya kat sana dengan hepi2 macam kat malaysia jugak.

Dan kat post nie aku amek kesempatan utk mengucapkan selamat hari raya utk semua =)

14 Hari

Thursday, September 17th, 2009

14 hari ku mencari dirimu
Untuk menanyakan dimanakah dirimu
14 hari ku datangi rumahmu
Agar engkau tahu tertatihku menunggumu

Aku kangen sama kamu
Apa kamu udah gak sayang aku

Maafkanlah aku lari dari kenyataan
Bukan karena aku tak punyai rasa sayang
Maafkanlah aku mencoba ‘tuk berlari
Karena satu hati engkau pasti kan mengerti

Kamu pacar terbaikku
Walau hanya sekejab di hatiku

Reff:
Mengapa hanya sekejab saja
Ku merasakan indahnya dengan dirimu
Mengapa hanya untaian kata
Ku rasa tiada sempurna cerita cinta kita

back to reff 2x

Meet Uncle

Sunday, September 13th, 2009

Aku kasi tau kat uncle yang aku ada kat serdang. Uncle cakap boleh la dia datang memandangkan tak jauh mana. Aku kasi alamat rumah then malam tu uncle sampai kat kawasan rumah. Hehe. Dah tepat dah kawasan rumah, tp uncle silap rumah lak. Dia terlajak sket. Patut la terer dia mencari kawasan perumahan, Pakai GPS rupanya.

Tak dapat lepak lama dengan uncle sebab dah lewat. Uncle ngantuk, aku pn ngantuk gak time tu. Yela tak cukup rest. Hope dapat berjumpat lain kali =)