suatu ketika dahulu. lama dah aku impi nak mandi sungai. Tapi last sekali aku dapat mandi laut bersama keluarga aku. Dan sekarang aku dapat lagi satu peluang utk mandi sungai bersama rakan giatmara.
air sungai yang jernih di chepor dan keindahan yang terdapat pada waktu itu amat lah menyeronokkan kerana kami pergi ketika bukan musim cuti. Jadi dapatlah kami menikmati keindahan alam tersebut dengan aman. Turut serta dalam keindahan ini ialah aku, aiman, mirun, along dan zeti.
Setelah dua jam puas berendam kami pulang. Aku tertdo dalam keta. penat jugak mandi sungai nie hehe. Aiman plak sempat wat semua orang tekejut sebab hampir2 melanggar kereta mewah. Mungkin dia juga kepenatan
sepanjang satu minggu nie. Aku menghabiskan masa aku di kompleks rawatan harian ipoh. Mengajar di tingkat 3 unit teknologi maklumat. Kursus nie berlangsung dari hari isnin sehingga khamis dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Sepanjang aku bekeje nie plak. Aku ada sorang kawan yang hensem dan baik hati tolong hantar dan amek aku dari keje. Ha nama dia amirun fitri. Nama pn nak dekat dengan aku dah. Aku dan kawan2 panggil dia mirun je. pada kebiasaannye, mirun nie akan amek aku bersama aiman pada petang. Lepas je amek aku kami pegi minum2. Hari pertama minum kat sanjung. Hari kedua plak mkn laksa kat taman polo, dan hari ketiga plak minum kat sanjung semula. Esok tak tau lagi macam mane.
Pastu tadi lepas je lepak minum2 kat sanjung tu. Kami terus pegi ke botani. Sambil2 lepak kat sanjung tu si zul faka nie datang. So waktu kat botani tu dia ada sekali la. Hehe. Dalam waktu keje2 nie aku masih sempat lagi ke botani. kuang2. bile la nak ada taman lain kat ipoh yang aku leh pegi
Aku amat terkejut mendengar berita senior aku (ammar zulkifli) yang telah kembali kepada NYA baru2 ini. Adik nya ikhwan zulkifli merupakan rakan sebaya dengan aku. Apa2 pn kita doakan agar beliau ditempatkan ke dalam syurga amin.
Hari nie pegi teluk batik dengan family aku. Aku rasa nie mcm sejarah baru. Ye la family aku bukan kuat pegi bercuti @ makan angin pn sekarang. Entah tiba2 mak aku sms ari tu ajak pegi teluk batik. Ini bermakna aku terpaksa cancel semua urusan aku hari nie. So tadi sampai la jugak aku kat teluk batik yang aku pernah jejak masa aku kecik2 dlu. Dah besar nie baru hari nie la jejak.
kat sana buat ape lagi kalau bukan byk mandi pantai. haha seronok jugak. sampai aku pening la jugak mandi pantai tu. Then aku mandi2 siap2 tukar pakaian. pastu makan tengah hari plak kat tepi pantai. Bleh tahan la mkn sambil tengok pantai. Tapi aku byk diam sebab letih + pening. Dah abes mkn aku pegi snap2 gambar dengan adik aku. Pastu g beli baju cap teluk batik. Then kami balik. Kul 5 petang aku dah sampai dekat rumah dah