Cerita Hari Ini

Monday, April 20th, 2009

Hari ini antara hari yang memenatkan. Mlm semalam aku dan budd dan juga wonderpets (bukan nama sebenar) membuat perancangan utk pegi ke bandar sri botani. pada waktu perancangan tersebut aku berjaya utk mengajak pali dan jugak sepupu (bukan sepupu sebenar).

Jadi pada pagi tadi bermulalah agenda yang dirancangkan semalam utk pergi ke botani. Agenda kali ini dijanjikan seawal 8 pagi. Dijanjikan 8 pagi. Jadi shah datang ambil aku lebih kurang tepat jam 8 pagi.

Perasaan dan hati yang seronok kerana dah lama aku tak pergi ke botani seawal itu. Jadi kami tiba di botani lebih kurang jam 8.10 pagi. Kemudian kami menanti pula si budd dan juga wonderpets.

Tapi malangnye aku dan shah terpaksa menanti hampir dua jam utk menunggu budd dan zeti. Tatkala hujan sempat membasahi taman botani di pagi hari tersebut, membuatkan taman lebih ceria dan awan semakin membiru.

Akhirnya aku pulang dengan sedikit gambar kerana mood utk mengambil gambar sudah hilang entah kemana. Biasa la bila cuaca dah agak panas. Anyway kita tunggu next time punya gambar plak ;)

Kemudian aku dan rakan2 yang ada pergi sarapan pagi kat restoren MSyed. Masing2 order ape patut. Dah makan tu lepak2 kejap sebab cuaca mmg agak panas. So masing2 tunggu bila badan dah rasa cool sket baru la boleh meneruskan perjalanan.

Sekali lagi aku bercadang utk mengisi cuti yang ada bersama rakan2 utk mengunjungi GM. Hehe. Kat GM saje ade la dalam sejam kot. Setelah selesai segala urusan kat GM tu. Kami pulang. Shah pulang kat rumah aku sebab lepas nie kami ade agenda lain pulak.

Selesai je aku mandi dan solat zohor, aku pn menuju ke rumah shah utk meneruskan agenda yang berikut nya iaitu memperbaiki semula komputer shah yang telah kehilangan ntldr.

Rahsia Google server

Sunday, April 19th, 2009

Baru tak baru nie aku ada terbaca news kat beberapa site yang menceritakan google ada membongkar sedikit rahsia server google yang kukuh dan sering digunakan oleh kita sekarang.

untuk maklumat lanjut berita ini, anda boleh layari berita penuh dari CNET di

http://news.cnet.com/8301-1001_3-10209580-92.html

SIT 2 dan DIP 2A

Tuesday, April 7th, 2009

Tadi aku pergi ke bandar sri botani bersama topek rakan sekelasku. Aku pergi berdua setelah tamat sesi pengajian di poli pada petang tersebut. Setelah menunggu beberapa lama. Budd, zety, yana mazilan dan dyana pn tiba. Kemudian sesi penggambaran bersama mereka pun bermula.

Semasa mengambil gambar. Kelihatan beberapa rakan dari DIP 2A tiba di taman ini. Kemudian kami berjalan bersama sambil menikmati keindahan dan udara yang segar kerana cuaca yang sangat baik setelah hujan di petang hari berhenti.

Mior juga turut serta dalam sesi penggambaran ini. Padamulanya dia tidak datang kerana nyenyak tidur sewaktu hujan. Setelah dikejutkan berkali kali barulah dia terjaga dari tidur dan mengikuti bersama kami dalam sesi penggambaran ini :)

Ya hari ini bersama sesi penggambaran ini. Turut diceriakan oleh si encik zul yang sangat suka dirinya untuk menjadi model yang sangat berjaya. Pelbagai aksi yang dilakukan seperti melompat, duduk, baring dan lain2 lagi :)

Aiman yang masih sakit dan tidak sihat juga tidak kurang juga turut menghadirkan diri bagi sesi jalan-jalan kali ini. Suasana menjadi semakin meriah setelah makin ramai orang yang datang berkunjung di taman ini.

Akhirnya aku terpaksa pulang awal kerana hari seperti mahu hujan semula. Jadi untuk menyelamatkan kamera kesayangan aku, aku terpaksa pulang awal :)

Multilevel Marketing

Monday, April 6th, 2009

Selepas aku menonton video ini. Sekali lagi aku mendapat kesimpulan bahawa tiada sebarang faedah yang aku peroleh untuk memasuki MLM. Memang benar jika aku membuat kerja dengan rajin aku akan mendapat sedikit wang. Namun begitu berbaloikah untuk aku bekerja keras demi mendapatkan ganjaran yang sedikit dan ganjaran yang banyak diberikan kepada orang atasan yang tidak membuat sebarang kerja dan hanya mampu berehat di rumah.

Anda masih lagi kabur ?

Mari kita perlihatkan lebih jauh. Contohnya apabila anda telah memasuki MLM ini. Anda bukan sahaja dikehendaki menjual barang syarikat. Malah, apabila memerlukan pendapatan yang dikatakan lumayan ini, anda perlu menarik beberapa downline. Seperti contoh anda terpaksa menarik downline yang setiap seorang dari downline terbsebut perlu membayar RM2000. Apabila cukup 5 orang barulah anda mendapat 2000.

Cuba anda bayangkan. Penat lelah anda bercakap dan menarik Downline supaya memasuki di bawah anda. Sebanyak 5 orang dan anda hanya dibayar RM2000 sedangkan syarikat MLM tersebut mendapat RM8000. Tidakah dengan perkara sebegini anda berasa sangat rugi?

Buat sesiapa yang merasakan MLM ini boleh memberikan suatu perubahan dalam hidup anda semua, saya tidak menghalang anda semua untuk berbuat demikian. Namun keputusan terletak di tangan anda :)

Nazri @ ipoh

Sunday, April 5th, 2009