Ipoh – S.Alam > KL

Monday, January 26th, 2009

Alhamdulillah aku telah selamat sampai ke ipoh tadi jam 11.30 pm. wah penat nye berjalan sempena cuti tahun baru cina nie kan. So sementara tengah sale nie aku bercadang untuk membeli belah di KL. Jumaat lepas after kelas abes aku terus pegi ke kaunter tiket bas utk pegi ke s.alam. Di Shah alam aku berjumpa dengan orang yang dalam setahun tak berjumpa :)

anyway dia datang amek aku kat sana. Then kami pegi mkn. Perut mmg lapar sebab aku tak sempat makan pn. Lepas je beli tiket, kemas2 beg pastu kuar g beli roti john. sampai je umah dah kul 7.30 (tiket ke s.alam jam 7.45) so amek2 barang terus la ke medan gopeng. Sampai je kat sana aku terus naik bas bersama roti john yang aku tak sempat nak makan.

Nak makan dalam bas pn susah sebab menda tu byk sangat sos / mayonis. Then waktu kawan tu bawak pegi makan, aku pn mengeluarkan la roti john aku tu haha. Nasib baik rasanya masih asli.

Selesai aje makan dia terus hantar aku ke Sungai Besi (rumah acu aku). Anyway kami telah sesat jalan sehingga lewat pagi. Bertolak dari shah alam kira2 jam 1 pagi dan tiba di rumah acu pukul 4.33 pagi. wah mmg aku mengalami kepenatan yang teramat. Setelah menjumpai jalan, wah baru tahu betapa dekat nya nak pegi ke rumah acu dari tempat kawan tu.

Cerita dari Utara

Friday, January 9th, 2009

Bermula la al-kisah aku dan diriku dan sesiapa sahaja yang terlibat sewaktu penceritaan aku didalam penulisan kali ini. Pada awalnya aku serta bersama keluarga aku yang teridiri daripada mak, abah, kak lang dan jugak timah serta termasuklah diriku yang berada di dalam kenderaan yang dipandu oleh ayahku. Perjalanan kali nie adalah menuju ke arah utara iaitu kedah. Kedah merupakan destinasi utara pertama yang akan kami singgah dan bermalam di rumah pakcik ku.

Aku diberitahu oleh emak bahawa pakcik aku tiada di rumah kerana ada urusan. Jadi hanya yang tinggal di rumah beliau hanya isteri dan jugak anak2 nya yang masih kecil. Di rumah pakcik tiada aktiviti yang boleh dilakukan kerana kami sampai pn sudah lewat petang. Sesampainya di sana aku mencapai laptop kakak aku dan berhajat utk tukar status YM.

Keesokan harinya aku meneruskan lagi perjalanan bersama keluarga ke perlis. Tujuan kami ke utara adalah utk menghantar adik aku yang bongsu bagi memasuki alam sekolah menengah (tingkatan 1). Jadi adat la tu bila masuk menengah ibu bapa akan hantar anak mereka. Kemudian pandai2 diorang la kan hehe. So berbalik kepada aku di perlis. Oh masih belum cerita di perlis kerana aku singgah di kediaman tempat akak aku menetap di ibda tu. Dia bukan menetap dalam ibda. Tapi luar kawasan. Nak dijadikan cerita, rumah yang dia duduk nie kena kopak. So apa yang ilang ? CPU dia dengan monitor kot. Wah time tu ayah aku agak panas! nasib baik la aku tak ugrade pc tu ari tu.

Okeh tutup cerita pasal kat kedah. Kat perlis aku singgah rumah nazri. Ha! sebelum singgah tu aku pegi dulu amek adik aku yang sekarang nie nak amek SPM kat matri tu. so lepas amek dia pegi makan jap kat mata ayer. Dah makan baru la kami singgah pegi umah nazri kat kangar tu. So ayah aku dan mak aku duduk sembang2 ngan keluarga diorang. Dah abes sembang diorang balik kat kedah semula ke rumah pakcik aku. So time balik tu pakcik aku dah ada kat umah dia. Aku tak sempat nak jumpa pn sebab aku stay kat umah nazri.

Dalam pada masa yang sama. Aku sempat jugak singgah matri jumpa dengan munaim. Pegi sana kena la ajar dia serba sedikit tentang admin utk web matri tu. So tengah2 merayau kat matri tu baru aku perasan yang matri dah ada bas. Nazri cakap bas nie dah ada lama. Aiseh aku yang tak perasan dalam masa dok pegi matri dulu pn tak perasan gak. So kali nie rezeki aku la nampak bas tu. Ape lagi snap lah gambar sebagai kenangan memori pertama jumpa bas matri. haha.

Di keheningan malam, aku sempat berjuma dengan rakan2 matri aku dulu yang agak lama tak berjumpa. So kami pegi makan char kuew teow. Wah mmg sedap. Lepas je makan kami terus pegi ke kuala perlis. Fuh dah lama aku tak rasa angin malam perlis yang amat dingin sehingga aku terleka dibuai angin. hehe sembang punya sembang sehinggakan kami tak sedar yang masa meninggalkan kami begitu pantas. kira2 jam 2.30 pagi baru lah aku dan nazri tiba di rumah.

Setibanya di rumah nazri kami meneruskan lagi agenda yang seterusnya iaitu repair laptop dan pc ayah si nazri. Sedar tak sedar hingga subuh pn masih belum selesai lagi kerja yang dibuat.

Oh ya. Dekat perlis aku ada seorang rakan giatmara aku dulu yang belajar kat unimap tu. Ha aku terus roger dia setelah kerja2 aku selesai. So sempat la belanja dia sotong goreng kat kuala perlis. Rasanya hingga menjilat jari haha. Oh ye, aku juga sempat berjumpa dengan azwa. Wah lama tak jumpa dia hehe. Makin sihat beliau tu.

Tapi kan ada sorang yang aku berhajat nak jumpa tapi tak sempat nak jumpa. Sape ? sape lagi kalau bukan si Omaq Scooter. Bukan ape, dia bz aku pn bz. Biasalah dia cikgu sekolah yang rajin dan hensem. So byk la kerja nak buat. (dah bukak sekolah la katakan)

Perjalanan ke utara

Friday, January 2nd, 2009

Hai semua kawan2. Hari nie aku nak bertolak ke kedah umah pakcik aku kat sana. Matlamat utama nak ke beseri perlis. Hantar adik aku yang last tu baru masuk tingkatan satu. Adik aku yang lagi sorang yang dah lama belajar kat sekolah tu dah bertolak dah semalam. Ada hal kot katanya. hmm. So esok aku akan ke perlis. Yey dapat jumpa nazri.

Masih ingat lagi nazri ?

itulah nazri yang datang kat ipoh ari tu. Ada beberapa kawan poli aku sempat la jumpa dengan dia :)

3 in 1

Friday, January 2nd, 2009

Ha saje je nak tulis sebab rasa kosong plak bile tak menulis nie. so nie la yang aku tengah ngadap sekarang nie. tapi ! bukan dalam gelap la. Gambar tu saje je aku tangkap dalam gelap. So dalam gambar yang korang tengok tu ada satu LCD yang disambung kan ke pc aku dan satu lagi adalah Laptop. Malam nie eh malam ? pagi dah pun. Pukul 4 pagi dah. hmm aku tengah ngadap 2 bijik pc dan satu laptop. So satu pc aku dah berjaya setelkan. tinggal lagi satu pc. Tapi pc tu aku tak sambung ngan pc bilik aku nie. Tak best plak on9 guna harta benda orang. So aku on pc aku kat tempat duduk yang aku selalu duduk nie. Lagi satu pc tu aku biar dia terpasang kat luar. Sesambil tunggu ape yang patut tu, aku ngadap la pc aku nie.

So mmg kena la tajuk post aku kali nie (3 in 1). Maksudnya aku wat 3 kerja dalam satu masa. 2 pc satu laptop. Actually aku bleh je siapkan petang tadi. Tapi sebab si lee ajak pegi solat hajat utk saudara mara kita kat palestin tu. Aku pn turut serta memberi bantuan kepada yang memerlukan. Tak mampu pergi berperang kita hanya mampu berdoa.

Ha gambar yang atas nie plak takde kaitan pn dengan kerja aku. saje aku post sekali nikmati keindahan alam yang sememangnya cantik di sisi mata. Mendamaikan jiwa. Nie last aku pegi botani hari tu. Taktau la bila lagi nak pegi. Tapi kan dah macam tak tau nak tangkap gambar ape sangat sebenarnye. Semua sama je. Asyik2 botani kan ?

bila la aku nak jumpa satu port yang dekat dengan rumah aku plak. Gunung lang tu jauh jugak nak pegi. Cuti pn macam dah nak abes. Jalan2 tak kemana pn. Just pegi Terengganu dan kelantan. Tu pn tak sempat berjalan sakan. Lagi satu aku telah kerugian sedikit gambar la sebab tak bawak kamera pegi terengganu.

Kalau tak aku dah dapat la merasa tangkap gambar kat tepi pantai guna kamera aku. Masuk kali nie aku rasa dah 2 kali aku miss. Sebelum kat ganu kalau tak silap aku kat penang. Satu peristiwa yang sama jugak aku tak bawak kamera. Tapi kat penang tu aku bukan saje tak bawak. Time tu ada sebab lain.

ops ! ok lah nak sambung kerja tata ;)

Tahun baru

Thursday, January 1st, 2009

Berkesempatan dengan tahun baru nie aku nak jugak la post. Aku tau ramai yang post kat blog ucap selamat tahun baru. so aku pon salah sorang yang mempunyai blog dan berkeinginan utk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan2 atau siapa juga lah yang kenal dengan diri aku sendiri.

utk post kali nie tak ade gambar. biasalah diri tengah malas nak edit macam2 benda. leteh dah hari2 aku ngadap kerja aku yang tak abes tu. Cuti pn tak macam cuti. Anyway siapa yang ada pegi amek gambar bunga api tu meh la tunjuk sket kat sini haha.