Last Paper Sem 1

Monday, December 22nd, 2008

Hehe patut nye mende nie aku post ari tu lagi after abes paper. Tapi takde masa. So tengah ada sedikit masa (walaupun byk keje tak siap lagi) aku cuba jugak la curi masa utk update kan blog sementara mood masih ada. So lepas aje abes paper ari tu aku dah janji ngan dak kelas aku tu nak amek gambar diorang. Yelah, selama nie kalau bergambar yang akan ada mesti orang yang sama (budd, mior, hani, akmal) dan lain2. So gambar dak2 kamsis tak pernah masuk plak dalam kamera aku nie.

Tapi tu la. Budak2 laki kelas aku time tu semua dah cabut nak balik kampung dah. Adeh !! so tinggal la beberapa orang minah kelas aku yang ada tunggu aku utk bergambar time tu. Hmm tak pe lah. Yang lain tu tunggu next sem plak la kot (kalau diberi kesempatan).

So kepada kawan2 semua aku ucapkan selamat bercuti ;)

Internet Slow.. Cable problem

Monday, December 22nd, 2008

Dec. 19 (Bloomberg) — Internet and telephone communications between the Middle East and Europe were disrupted after three undersea cables connecting Italy and Egypt in the Mediterranean Sea were damaged.

Back From Terengganu

Thursday, December 18th, 2008

Ahaks. Dah balik dah aku dari terengganu. Amat penat tapi seronok. aku sampai sana 13 hari bulan (subuh2). sampai je kat stesyen bas tu aku pegi masjid negeri kat situ. Lepas tu ada sorang sahabat sana datang jemput aku. Lepas tu terus dia bawak aku pegi sarapan pagi. Selesai aje sarapan dia cakap dia ada kerja sket. So dia tinggalkan aku kat sekolah agama kampung laut.

Suasana sekolah masa tu amat sunyi. Yelah time cuti sekolah, SPM pn dah abes. So kat sekolah tu mmg takde penghuni pn. Aduh amatlah bosan. Nasib baik la aku ada bawak laptop. Walaupun takde internet, tapi aku cuba la bukak ape yang patut. Sambil2 tu aku tengok2 menda yang aku nak mengajar nanti.

Akhirnya dalam pukul 1.30 sahabat tu datang semula ambil aku kat sekolah tu. Aku pn menaiki kenderaan beliau dan beliau membawa aku pergi makan tengah hari. Selesai aje makan, beliau terus membawa aku ke Hotel Felda Residence yang terletak dengan dengan pekan Terennganu.

Kursus yang aku kena mengajar tu abes 15 hari bulan. Tapi aku pergi meninggalkan terengganu pada 16 hari bulan. Namun begitu aku tidak terus meninggalkan negeri pantai timur dengan begitu sahaja. Aku meneruskan destinasi aku ke Kelantan.

Tujuan aku pegi kelantan nak pegi jumpa si Eddiey (kampungchat user). Aku kenal beliau boleh tahan la lamanye. So alang2 dah ade kat pantai timur nie aku pegi la berjumpa dengan si Eddiey. Lagipun Eddiey tu penah cakap nak lanje aku pizza lau aku datang sane haha. Tapi aku pegi salah time plak. Sebab waktu tu dia baru je abes final exam. Pastu dia plak tengah demam. Takpe lah. kasi dia peluang. Nanti ada masa aku tuntut balik hehe.

Aku tak leh lepak lama2 kat kelantan tu. Waktu dari aku kat terengganu lagi dah macam2 call aku terima. Semua client memerlukan aku. So nak tak nak aku kena balik Ipoh semula. Time nak balik tu aku ternampak A&W. Wah lama tak nampak restoren nie. so sempat la amek gambar

P/S : aku tak bawak canon aku. So semua gambar guna enset aje. Gambar tak lawa sangat la ye

Going To Terengganu

Thursday, December 11th, 2008

Tamat aje final exam kat poli tu. Aku kena pegi Terengganu. Ada kursus dengan jabatan kesihatan kat negeri tu. So aku sempat la book tiket. Cuma persiapan agak kelam kabut. yelah baru aje abes final. So waktu tengah final mcm mane nak wat persiapan tu.

Raya korban

Monday, December 8th, 2008

Dengan ini daku ingin mengucapkan selamat hari raya korban kepada semua umat muslimin dan juga muslimat. Cerita tentang raya korban tetunya berkaitan dengan penyembelihan. Lepas aje solat raya pagi tadi aku terus pulang ke rumah mengadap pc tercinta sambil membuat apa yang patut (mood tengah ade).

lepas aje lepak depan pc, aku terus amek kamera dan keluar dari rumah tepat jam 10.32 kerana pakcik surau mengatakan bahawa jam 10.30 upacara korban akan dijalankan. Aku sempat melihat telatah orang ramai yang sememangnya dari bandar. Bagaimana nanti generasi akan datang ? adakah amalan ini masih diteruskan.

Mujurlah sewaktu melihat lembu2 yang tekorban tersebut masih ada rijal2 yang masih lagi menolong pakcik2 yang sedang membaringkan lembu2 tersebut.

Me @ Jaya Jusco

Saturday, December 6th, 2008

Tadi petang lepas sahaja aku balik dari ambil abg ipar aku kat medan gopeng, aku terus pegi sarapan kat tasek. Kebetulan kat sana ada abg man, fali, ngan ust rahimi. So aku makan ngan diorang. Abg ipar aku ngan kakak aku plak makan kat kedai yang lain. Nak lunch terus katanya.

Bila diorang abes je makan, diorang ajak aku balik. Tapi tak pe lah sebab fali ada ngan aku sekali time tu. So aku balik dengan dia aje. Tak banyak mende yang boleh aku sembang ngan diorang sebab diorang tengah sibuk untuk uruskan KEM HALUAN yang akan berlangsung 12 13 14 nanti.

Abes je diorang bincang aku, fali, ngan ust rahimi bersama isteri dan anaknya pn pulang bersama menaiki kereta si fali yang baru itu.

Balik je rumah aku terus kemas bilik aku yang telah bersepah dalam beberapa hari ni. Abes je kemas aku terus menunaikan solat zohor dan terus call teksi utk pergi ke Jusco. Selepas call aku pun menunggu teksi sambil menonton kartun yang disukai ramai (wonderpets).

Sekian lama aku tunggu, teksi masih belum datang. Aku kehairanan sendirian sebab biasanya teksi yang aku call nie cepat dan pantas. Tapi agak berbeza dengan kali nie. Oleh kerana aku rasa tidak puas hati, aku call semula tempat teksi tu, then diorang cakap teksi takde @ dah abes ? wah geram pun ade.

Then aku pun suruh la mak aku hantar. Mak aku ngan ayah aku plak mmg nak kuar time tu. So aku tunggu diorang siap2 kejap then bergeraklah kereta ayah aku utk menghantar aku ke Jusco.

Sesampainya aku di Jusco aku berjalan sendirian. Ya bersendirian kerana aku datang juga secara bersendirian. Parents aku terus menuju ke destinasi yang mereka ingini pula. Sambil berjalan sendirian, mataku memerhati keadaan sekeliling Jusco yang penuh dengan remaja kini. Tujuan pemerhatian dibuat adalah utk memerhati rakan2 aku sekiranya terserempak

Elok je aku sampai tingkat atas Jusco, aku nampak si YOI !!. Wah lama betul aku tak jumpa dengan dia. Hehe tu la orang dah kata jodoh pertemuan la tu haha. Aku sembang2 jap ngan dia. Kat sebelah dia tu ada lagi kawan2 dia yang aku tak kenal. So aku sembang sama yoi aje. Pastu yoi cakap kat sebelah tu ada si Daniel dan juga xiera. Aku bersalaman dengan doni tu pastu tanye dia kenapa tak reply sms aku tadi. Nasib baik alasan yang diberikan tu boleh terima (takde kedit katanye).

Aku membiarkan diorang sembang dan aku masih lagi meneruskan jejak langkah aku pusing2 sekitar Jusco. Nampaknye kali nie nasib tak berapa best sebab tak byk jumpa kawan. Agak lama aku berjalan, turun dan naik semula setiap tingkat yang berada di Jusco tersebut, namun tiada sebarang kawan yang ku jumpa.

Akhirnya aku berjumpa xiera bersama seorang lelaki yang aku sendiri belum kenal. Kami duduk semeja lalu xiera memperkenal kan bahawa itu adalah BEN.

ahaks ben ? beliau seorang yang ramah dan seorang yang sangat sempoi orang nya.

Di Mcd tersebut xiera mengeluarkan kamera yang baru dibelinya tadi. Wah semangat betul beliau sehingga membawanya ke Jusco. Jenama Nikon terpapar pada kamera beliau.

Abes je lepak kat Mcd tu. Kita orang naik tingkat atas sekali tempat park kete. Bergambar kat atas nie seronok juga. Tengah2 dok lepak kat atas tu, datang sekumpulan remaja yang dalam gambar kat atas nie. Diorang dok perli2 aku sama ben dok amek gambar. Pastu kita orang tala kamera kat diorang. Ha! ape lagi senyap dan masing2 posing best punye la hehe.