Windows xp sata driver
“Setup did not find any hard disk drives” during Windows XP Installation”
pernah tak korang jumpa error macam nie waktu nak format laptop @ komputer korang ? Perkara sedemikian berlaku ke atas diri aku sendiri beberapa hari lagi sebelum raya. Hal ini berlakunya kerana driver sata tidak dimiliki dan kita perlu mencari driver tersebut.
error tersebut kelihatan seperti rajah di bawah :

ada dua cara sebenarnya utk menyelesaikan masalah yang di atas. caranya ialah samada kita menggunakan disket atau kita menggunakan cd baru utk melakukan pemasangan windows xp tersebut.
Jadi pada kali ini aku menggunakan cara menggunakan cd memandangkan sekarang penggunaan disket adalah suatu yang agak “kuno” bagi kita.
Jadi ikutilah langkah di bawah ini :
1. Download software nLite
2. open nLite lepas tu browse folder windows xp punya installation ( CD Windows xp ) boleh rujuk gambar di bawah :

3. Lepastu dia akan suruh select folder utk simpanan sementara file2 windows xp installer. Jadi anda boleh create folder baru dengan apa jua nama yang anda inginkan. boleh rujuk gambar di bawah :

4. Kemudian dia akan buat satu salinan yang baru pada komputer folder yang baru sahaja anda buat tadi.
5. tekan butang next sehinggalah anda akan jumpa satu paparan yang menyerupai di bawah ini :

6. Jadi setelah jumpa sahaja paparan di atas sila tekan “Drivers” dan juga “Bootable ISO”
7. tekan next
8. Kemudian tekan insert > Single driver
9. Pilih file driver utk sata (sila rujuk rajah di bawah)

hint! : Driver sata boleh didapati di laman web driver bagi sesebuah pc atau laptop yang anda gunakan
10. satu lagi paparan akan keluar seperti di bawah ini :

Selesai sudah kemudian anda boleh membuatkan file2 tadi kepada bentuk ISO. dan setelah ISO selesai anda perlu burn ke dalam cd kosong dan seterusnya cuba install windows xp dengan cd yang baru di burn tadi
selamat mencuba !

Recent Comments