
Alhamdulillah telah tiba masanya semua umat Islam yang berpuasa selesai menunaikan segala ibadah puasa di bulan Ramadhan. pelbagai dugaan telah dilalui dalam bulan ramadhan ini. Termasuk juga diriku yang terpaksa meninggalkan puasa akibat sakit tempoh hari.
Design kad raya di atas tu adalah hasil kreativiti otak aku sendiri yang tak berapa nak kreatif. Alhamdulillah terhasil gak pagi2 buta nie. Aku rasa tak berapa meriah macam last year nye kad. Takpe lah bak kata orang cukup syarat utk aku letak kan post kat blog je.
Memandangkan aku pn dah lama tak post kat blog nie akibat tiada cerita2 terbaru yang ada dan tak byk masa utk semua ini kerana terlalu byk urusan poli dan lain2 urusan yang tidak rasmi dalam kehidupan yang harus aku jalani.
Anyway aku sangat hepi cuti kali nie sebab dapat jumpa rakan2 giatmara yang dah lama tak berjumpa. Along, Faka, Syam, Apiz dan lain2. Sekarang semua dah makin maju. Aku harap dapat lagi jumpa rakan2 giat yang lain dalam masa terdekat nie sebab diorang semua cuti tak lama macam aku cuti sekarang nie. So harapan nak berjumpa tu aku rasa agak tipis.

tahun ni mai ler raya umah kak fira plak..hehehehe
baik bos