My New Fan

Monday, October 27th, 2008

Aha itu dia kipas baru dipasang jam 2 petang tadi. Alhamdullillah aku kini tidak lagi duduk berpeluh di dalam bilik sendiri kerana telah terdapat kipas. Sebenarnya tak dirancang pn nak beli kipas nie. Tadi abg ipar aku panggil uncle ah sang suruh tengokkan air cond dalam bilik dia. Then mak aku tanya harga kipas. Aku ingatkan tanye je.

Then tiba2 aje ade orang datang tengok bilik aku. Aku ingat dia nak betulkan kipas aku sebab sebelum tu aku ada tanye uncle ah sang tu boleh tak repairkan kipas tu. Rupanya dah angkut satu kipas baru utk bilik aku.

HEPI ! :D

Knp Babi Haram Di Mkn

Wednesday, October 22nd, 2008

m2u ?

Saturday, October 18th, 2008

Pernah dengar maybank2u ?

Diorang baru je lepas buat pembaharuan dekat website diorang. Dengan menggunakan tema dan teknologi terkini bagi mengikuti teknologi web 2.0 Namun begitu, selepas perubahan ini berlaku aku dapati sewaktu nak log in dan juga membuat pembayara atau apa2 jua aktiviti yang disediakan di m2u ini sangat lambat. Jangka masa untuk loading dalam 5 minit jugak la.

Di laman lowyat.net juga telah dikemukakan masalah yang dihadapi. untuk itu boleh rujuk www.lowyat.net untuk mengetahui apa yang diorang bincangkan

Life with pc

Wednesday, October 15th, 2008

Jamuan Raya @ Haluan

Wednesday, October 15th, 2008

Ahad lepas telah diadakan satu jamuan raya kecil di haluan perak. Jamuan ini bermula pada awal pagi dan berakhir sekitar jam 1 petang. Aku berkesempatan menghadiri jamuan tersebut. Sebanyak 2 khemah telah dipasang. Satu utk sahabat dan satu untuk sahibah.

Apa yang menariknya ialah aku dapat berjumpa rakan matri yang lama iaitu nazri ahmad dan juga helmi razak. Diorang berkesempatan menghadiri jamuan tersebut kerana tempat diorang belajar sekitar perak juga. Jadi berpeluanglah mereka untuk menghadiri jamuan tersebut. Apa2 pn aku gembira berjumpa bersama mereka.

Kemalangan sahabatku

Friday, October 10th, 2008

Utk pengetahuan rakan2 giatmara sekalian. Semalam aku ke rumah aiman pegi mengunjungi beliau. terkejut juga aku ketika dapat sms dari mirun yang mengatakan bahawa aiman eksiden. hmm aku pn menyiapkan diri dan mirun dan rakan2 yang lain datang amek aku kat rumah. kira2 jam 9.30 malam aku telah selamat sampai di rumah aiman.

Aiman berada dalam keadaan yang masih ok. Boleh bejalan tapi jengket2 sket. kaki dia kena jahit. Menurut Aiman, kemalangan ini berlaku akibat daripada lori yang membawa besi panjang. Besi yang dibawa oleh lori tersebut telah terkeluar dan terkena pada moto Aiman. Lalu mengakibatkan kemalangan berlaku.

Alhamdulillah tiada kecederaan yang paling teruk utk Aiman alami. Beliau masih selamat dan masih boleh bergurau dengan kami semalam ;)