Berbuka Puasa (DIP1A)

Saturday, September 20th, 2008

Beberapa hari lalu aku dan kawan2 dari DIP1A mengadakan sedikit jamuan berbuka puasa di restoran tasik raban. Tak ramai ahli kelas DIP1A yang hadir pada jamuan tersebut. Aku sendiri tak tahu kenapa. Aku cuma dapat jemputan dan Alhamdulillah berjaya sampai dengan mirun dan juga aiman.

Kat jamuan tu tak byk pn aku makan. Ye la diorang hidang nasik. Aku mana reti makan mende2 berat time bukak puasa. So mmg sikit sangat aku makan. anyway thanks sebab menjemput diriku ;)

Sakit

Tuesday, September 16th, 2008

Pada jam 4 pagi hari ahad aku terbangun dan tersedar kerana agak susah nak bernafas. Then aku duduk kat katil tu sorang2 sambil menyapu minyak panas. Dan aku menghidu bau minyak tersebut bagi membolehkan aku bernafas dengan agak senang. Itulah yang akan aku buat pada kebiasaan aku sesak nafas.

Namun kali ini agak lain sebab dengan cara yang aku gunakan tu masih sama. Aku masih sukar bernafas. Lama aku duduk di atas katil sehinggalah mak datang kejut aku bangun sahur dan tersedar aku susah nak bernafas.

Mak pn tlg sapu minyak kat aku. Then mak cakap badan aku pn panas. Aiyak! sesak nafas sampai badan panas demam ke ? huh. pastu pukul berapa tah abah ajak pegi klinik. Kat sana aku diberi alat seperti gambar di atas utk memudahkan aku bernafas. Wah kalau ada alat tu kat umah kan best!

PC FAIR IPOH

Monday, September 15th, 2008

Sepanjang jumaat,sabtu,dan ahad lepas dekat ipoh ada pc fair. Pada hari jumaat aku tak dapat pegi coz ada kelas. Then ari sabtu plak ada janji nak pegi ngan taufiq tapi so sorry taufiq sebab aku kena pegi dengan cikgu wardah sebab nak betulkan laptop kak yong.

So pagi tu aku bangun awal siap2 apa yang patut. Dalam kul 10 aku bertolak ke rumah pn wardah. Then dah sampai je aku lepak2 jap tunggu diorang siap2. Lepas tu kami pergi pc fair ber empat (aku,kak yong, pn wardah, fawas.)

Then kita orang pn sampai kat tapak pc fair (stadium indera mulia). Nak cari parking pn satu hal gak penuh. Wah aku rasa dah ramai orang sebab dulu kurang sket orang. So dah dapat parking kita orang masuk. Mmg sesak abes. Aku nampak orang keliling je. nak singgah kedai pn agak susah. Pn wardah mencari printer, kak yong lak cari pendrive.

kat pc fair tu sempat la jumpa beberapa cikgu chulan yang lain. pastu sempat lagi jumpa fiza dan abg long nye ;) .

ha! tengah jalan2 tu jumpa plak dua orang dak giatmara. wah pegi bedua je diorang tu ? diorang adalah kak pija and siti. Aih siti takkan pegi bedua ? mana teman2 yang lain ?

Gunung Lang

Friday, September 12th, 2008

3 September 2008, tarikh dimana aku dan rakan2 kelas aku seperti yang tertera pada gambar di atas telah pergi ke Gunung Lang Ipoh. Perancangan dibuat pada hari selasa 2 September 2008. Hal ini kerana pada hari rabu 3 September tersebut kami tidak mempunyai sebarang kelas pada sebelah pagi. jadi kami mengambil kesempatan ini utk keluar bersama pergi ke Gunung Lang.

Ha! dah pegi tu mmg best la dengan suasana yang hanya ada kami dan beberapa orang jaga je. so kami agak bebas melakukan pelbagai gaya utk menangkap gambar. Tetapi disebalik kegembiraan tersebut, terdapat satu perkara yang kami tidak dapat utk merasakan keindahan sebenar di gunung lang tersebut. Hal ini kerana bot yang terdapat di situ sedang ditutup buat sementara waktu.

Then bila dah selesai semua. kami pun masing2 pulang utk membuat persiapan ke politeknik semula kerana ada kokurikulum pada sebelah petangnya

Abg Azman @ Botani

Monday, September 1st, 2008

Semalam aku dengan fali pegi nuhaa jumpa abg azman. Tengah2 lepak tu, kita orang bincang pasal PC abg azman yang nak di upgrade. So lepas bincang, kami pergi ke pc depot utk membeli hard disk terlebih dahulu. Selesai je pergi beli hard disk, aku ngan fali pn balik ke rumah masing2. Dalam pukul 2 abg azman hantar msg cakap nak datang pasang hard disk beserta format windows. Dalam kul 2 lebeh dia pn sampai umah aku. Dalam pada yang sama kami bercadang nak pegi tengok anak bulan lepas siap menyelenggara pc. Tapi tengok masa macam tak sempat dengan keletihan yang terasa.

Then Fali plak datang rumah aku, ye la plan nak pegi tengok anak bulan bersama. Hehe tapi aura2 tak menjadi pegi tengok tu dah ada dalam minda aku. Masing2 penat. Fali pn bleh tertido dalam bilik aku waktu aku tengah menyelenggara pc. Then aku pn bagi la idea bawak abg azman pegi botani sebab abg azman tak pernah pegi lagi. Lepas je dengar cadangan aku, semua pn bersetuju. Masuk je asar aku sempat siapkan install semua kecuali antivirus. So aku biar antivirus download dan aku pegi solat ngan fali dan abg azman kat surau sebelah rumah aku nie. Selesai solat kami pegi makan kat kedai sahabat.

Alhamdulillah kami berjaya sampai ke botani dan melawat botani. But kali nie aku rasa sangat best tangkap gambar bersama abg azman. And one more thing aku dapat guna lens IS dia. Pergh sangat best bila dapat guna lens yang best2 nie. Pastu cukup je nak dekat abes round taman tu, guard dah bunyikan hon moto suruh dak2 yang lepak balik.