Melayu @ Tulisan Jawi Hilang ?

Friday, July 25th, 2008

Streamyx Billing Department

Monday, July 21st, 2008

Seperti yang korang nampak di atas. Sepucuk surat telah sampai dan diterima oleh aku baru-baru ini. Atas sampul tu korang boleh nampak ada tulis perkataan REMINDER. Alangkah gilanya @ pemalasnya pekerja TM dalam bahagian bil. Korang boleh lihat sendiri jumlah tunggakan yang tertera di atas kertas tersebut. Untuk makluman korang semua. Akaun aku dah pn dorang suspend hari tu. Tapi pada hari diorang suspend tersebut aku still boleh guna internet seperti hari hari biasa. Bila aku call orang TM diorang pn terkejut sebab diorang kata account aku mmg tak boleh guna waktu tu.

Apa yang membuatkan aku call TM ?

Kak ngah try call TM utk setelkan masalah telefon rumah yang ada problem. Then diorang cakap kena jelaskan bil. Aku pn plek la sebab aku dah buat dah pembayaran ari tu. Then aku nak try login kat TMBILL tak boleh. Aku pn call TM dan diorang cakap account aku tak active. Dan pada masa tu la pekeje dia hairan sebab aku tengah online pada waktu tersebut.

Aku mmg dah lama @ selalu dapat notis cakap bil tertunggak. Padahal dah bayar dah. Aku pn tak tahu bila sistem diorang nie nak berubah @ pekerja diorang yang malas ?

Aku jugak pernah hantar email complain tentang notis2 bil yang aku selalu terima. Nampaknya masalah masih sama. Tiada perubahan yang berlaku. kalau jadi lagi kena email kat CEO kot ? haha

PUO

Sunday, July 20th, 2008

Sekarang aku dah berada di politeknik ungku omar atau singkatan (PUO). Alhamdullillah aku dah selesai menjalani sesi minggu suai kenal atau lebih dikenali sebagai (MSK). Minggu suai kenal ni adik beradi dengan minggu orientasi la. Nak kata waktu MSK tu aku byk kenal orang tak jugak kot. Boleh dikatakan sewaktu aku berada di awal minggu, aku akan sentiasa bersama aiman dan juga mirun.

Now dah masuk minggu ke 2. Masih lagi agak samar2. Kalau tak silap ada lagi lecture yang masih belum berjumpa. Tapi takpelah. Tu semua kemudian. Setakat nie semua lecture yang masuk semua nya best. Takde lagi yang macam sombong etc. Sporting pn sporting jugak la.

Dari segi kawan baru tu, aku masih belum boleh menyesuaikan diri dengan kawan2 yang ada sekarang. Masih banyak aspek yang perlu aku kenali utk menjadikan kami lebih kenal antara satu dan yang lain. Mungkin terlalu awal utk semua itu. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi selepas ni. Ye la aku pn tak duk asrama. dan ada jugak student lain yang sama macam aku tak dok asrama dan menetap di luar kampus.

Ikat Tie

Sunday, July 13th, 2008

hmm.. esok aku kena pegi poli pakai tie. Tapi dari aku masuk sekolah smk raja chulan pun aku masih tak reti pakai tie. Waktu sekolah dulu awal2 masuk aku kenal seorang junior tu. Kenal waktu sekolah rendah. Hari first tu dia yang tlg ikatkan. Masuk hari berikutnya. Kawan kelas aku yang tlg ikatkan. Now diorang dah takde disisi so takde la orang yang nak bantu aku.

Tadi aku cari kat youtube cara ikat tie. Pening gak. Ni aku cari kat google images. Bleh kot faham. Hentam saja la labu

Hepi Besday

Tuesday, July 8th, 2008

Selamat hari jadi diucapkan kepada pemilik blog PESONA RINDU. Diharapkan moga panjang umur, ceria selalu, dan lain2 lagi yang sama waktu dengannya.

Sure dapat byk hadiah nieh.. :P

Nak Jimat Minyak?

Tuesday, July 8th, 2008