Phew.. letihnya. agak lama tak post blog. Terlalu banyak urusan yang perlu aku lalui setiap hari. Hari ini aku merupakan seorang pelajar Giatmara Ipoh Barat. Dalam masa yang sama aku juga seoarang pekerja biasa di rumah dan kadang2 terpaksa ke rumah orang utk repair pc. Kadang2 aku juga sebagai seorang pembantu pengajar xoops. Setiap hari ada sahaja benda yang perlu aku buat dan perlu aku siapkan.
Jadi bilakah masanya utk aku menghabiskan masa aku untuk menulis blog yang tercinta ini ? haha. Tentu sekali aku mempunyi masa yang terhad sekarang. Namun begitu, itu semua tidak ku hiraukan. Hal ini kerana Seluruh rakyat malaysia perlu melakukan apa jua jenis pekerjaan yang dapat membantu kehidupan seharian.
Pada masa kini kos sara hidup semakin tinggi. Jika kalian mendengar @ melihat berita semasa pada baru-baru ini telah diumumkan bahawa harga minyak telah naik. Apa kata rakyat malaysia ? Perlu diingatkan bahawa rakyat malaysia bukanlah teridiri daripada rakyat yang kaya raya, hartawan dan sebagainya.

Bekas perdana menteri juga telah menyuarakan pendapat beliau tentang kenaikan harga minyak yang mendadak ini. Yang akan mengakibatkan berlakunya peningkatan perbelanjaan harian rakyat pada setiap hari. Untuk melihat lebih lanjut apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri kita, bolehlah melayari blog Beliau
Recent Comments