Bowling GIATMARA PERAK

Sunday, May 11th, 2008

Aha.. Tadi pagi ada perlawanan bowling seluruh pelusuk pusat giatmara negeri perak. Wah punya la ramai orang sampai aku runsing duk kat situ hehe. Tapi takpe la just rajin2 kan diri utk keluar di hujung minggu. Lagipun dalam masa terdekat ni besday aku akan muncul.

Lagipun aku nak teman kawan2 aku yang menjadi pembantu pada hari tersebut. Sian diorang. hujung minggu pun kena pakai baju giat. So sambil aku teman sambil bergambar. Tapi feel nak bergambar dekat Greentown Mall nie tak ada sangat la.. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Mungkin kelengkapan aku nak bergambar masih belum cukup :P

hehe. agak letih jugak aku berada kat sana. Tunggu la nanti aku dah kaya bleh la beli kelengkapan lain utk bergambar. Amin. See gambar kat atas nie. Ramai nye orang. dengar pulak orang yang baling macam2 gaya. Berdentum dentum simen tu. Rasa cam nak pecah pun ade. neway so hepi kat sana ;)

Streamyx server problem

Sunday, May 11th, 2008

semalam aku terpaksa menghabiskan kredit dan juga masa utk call orang streamyx. Ceritanya bermula apabila aku sedang melayari internet. Dan tiba2 aku mendapati radio nasyidfm yang sedang aku dengar tiba2 terputus. Begitu juga dengan ym dan skype dan lain2. Semuanya terputus. Aku hairan seketika, sudah lama internet aku tidak menghadapi masalah yang sedemikian rupa. Namun begitu sejarah berulang lagi apabila semalam aku tidak dapat akses ke internet langsung.

Pada masa yang sama aku cuba utk membuat ping terhadap beberapa ip. tiga ip yang aku ping. 2 drpdnya ip luar malaysia dan satu darinya ip malaysia. Hasil daripada ping yang telah aku jalankan mendapatkan latency yang sangat tinggi.

Langkah seterusnya aku cuba membuat perkara2 yang biasa disuruh oleh orang TM. Hal ini kerana utk memudahkan urusan aku ketika bercakap di dalam telefon.

Selepas siap bercakap dengan orang TM. Dia memberitahu yang dia dah create satu report. Dan tunggu 2 hari waktu bekerja. Aku pun ia kan aje. kemudian pada hari ini sewaktu aku sedang sarapan pagi. Orang Tm call dan dia bertanya tentang masalah streamyx. Aku just cakap masih belum selesai waktu lepas subuh tadi. Orang tu cakap ada masalah server. Tapi waktu tu aku tak leh nak check la sebab aku tengah bersarapan di Greentown Mall.

Dah balik rumah aku pun try la internet aku. Alhamdulillah dah okay !!!

Gua Kek Lok Tong Again

Sunday, May 4th, 2008

aha.. baru2 ari tu aku ada pegi gua kek lok tong lagi sekali. Hmm so macam biasa model aku semuanya terdiri daripada pelajar giatmara. Tapi bukan semua. Sorang daripada mereka tu bakal masuk giatmara utk sesi yang akan datang kot.

Aha. Macam biasa dani, syam, dan yoi datang awal pagi selepas aku habis kemas rumah. Lepas diorang datang aku ajak diorang sarapan pagi kat tempat biasa la. Tapi sebelum sarapan pagi aku pegi draw duit dulu kat maybank. Lepas tu baru pegi makan.

Dah sampai kat gua tu, sesi gambar pun bermula. Sambil jalan sambil sembang sambil cari idea kat mana yang boleh dijadikan tempat sebagai latar belakang utk gambar diambil.

namun begitu. Pada minggu ni giatmara ada cuti so syada yang bekerja pada sebelah petang dapat turut serta dalam sesi gambar pada kali ni. Aha.. disamping tu ada lagi 3 orang rakan syada iaitu Tiey, Wan, dan juga Bella.