
Just want to share my experience with giatmara. hehe. Setiap hari aku terpaksa bangun awal seperti mahu ke sekolah. Aku bangun pukul 6 pagi dan bersiap siap utk pergi ke giatmara dengan pakaian seragam harian yang harus dipakai oleh setiap pelajar giatmara. Sesudah menyiapkan diri, aku menunaikan solat subuh sebagai seorang umat Islam. Kemudian aku akan mengemas tempat tidur dan pergi minum milo. Itulah rutin aku seharian.



Aku akan selesai mengemas bilik agak awal sebelum aku bertolak ke giatmara. Setelah siap mengemas bilik aku akan mengadap pc dahulu sambil menunggu rakan sekelas aku yang akan membawa aku ke giatmara dengan menaiki motosikal. Kebiasaanya kawan aku akan sampai pada jam 7.30 pagi. Dan kami mungkin antara yang agak lambat sampai ke giatmiara. Tapi bukanlah lambat sampai kena denda. Just on TIME.


Setibanya aku digiatmara. Aku akan mengambil punch card dari abg zaid yang setia menjaga di giatmara tu. Kemudia aku akan meletakkan beg dan terus naik ke atas utk masuk baris @ berkawad.


Selepas kawad kami akan masuk ke kelas sambil menunggu cikgu. Pada waktu ini persediaan kelas akan kami lakukan. Kalau semua dah ok masing2 cari tempat utk bercerita tentang isu semasa atau apa yang telah berlaku pada hari sebelumnya.

Di dalam kesejukan kami belajar bersama Cikgu Hamzah. Kadang2 boleh buat kami mengantuk jugak. Yela bila mendengar penerangan yang panjang lebar dan kadang2 kami langsung tak faham dengan penerangan yang diberi.

Namun begitu dengan usaha gigih cikgu dan pelajar giatmara yang bersemangat dalam belajar dalam bidang komputer. Kami dapat fahami apa yang diajar oleh cikgu apabila waktu sebelah petang. Pada sebelah petang kami akan rehat pada jam 1 hingga 1.50. Selepas makan kami akan solat. Selepas solat kami masuk barisan utk mengambil nama buat kali yang kedua.

Selepas masuk barisan kelas bengkel A akan masuk ke bilik literasi untuk belajar microsoft office. Waktu ini kerja kami hanya menekan keyboard untuk menyalin kembalin nota yang anda pada buku yang telah dibeli oleh kami sewaktu awal tahun dahulu. Kami berada dalam bilik tu sehingga jam 3.30 petang dan kami akan masuk ke kelas semula bagi menjalani amali komputer pada sebelah petang.
Recent Comments