
Hari ni giatmara tempat aku belajar adakan perlawanan bowling dekat Greentown Mall. So jika ditolak dicampur bahagi dan darab. Ini adalah kali kedua aku bermain bowling. Perlawanan kali ni melibatkan semua kakitangan giatmara ipoh timur (termasuk Pengurus)

So pagi tadi dalam pukul 9 amirul amik aku kat rumah. Kami pegi menaiki kereta kancil. Sebenarnya kami kena berkumpul kat tempat bowling tu dalam pukul 10.30 pagi. Tapi aku yang suruh amirul datang rumah aku awal sebab nak belanja dia sarapan pagi dekat naina (restoran mamak). So dalam tepat pukul 9.30 pagi kami sudah selesai makan dan ingin bertolak menuju ke destinasi.

Kemudian kami pergi ke taman cempaka utk ambil pija kat rumah dia. Then lepas dia kuar dari rumah. Kami meneruskan lagi perjalanan ke Greentown Mall.

Then kami dah tiba di kawasan destinasi agak awal. Dalam lingkungan 9.50 pagi. Waktu itu masih belum kelihatan kelibat @ bayang pelajar atau kakitangan giatmara ipoh timur yang lain. Pija plak contact syuk. Menurut pija syuk masih belum mendapat bas utk pergi ke destinasi. sungguh kasihan. Lepas dah ada orang sampai kami semua pergi ke tingkat atas (tempat bowling) tapi waktu tu tempat tersebut masih belum dibuka.


Apabila kawasan bowling dibuka, kami semua masuk dan tunggu cikgu2 datang utk meneruskan acara. Setelah mereka datang kami mengambil kelengkapan seperti kasut dan juga bola.

selain daripada rakan2 giatmara. Ada la beberapa orang lain yang turut berada kat tempat bowling tu. Salah seorang darinya adalah rakan kepada daniel. Beliau juga turut hadir pada hari tersebut. Namun begitu beliau hanya menonton sahaja.



So tibalah masa utk sesi bergambar. Hehe


akhirnya pemarkahan pun dibuat. dan dipati kumpulan Aiman berjaya mendapat tempat pertama. Tahniah kita ucapkan kepada kumpulan tersebut

Recent Comments