Bowling Giatmara

Saturday, March 29th, 2008

Hari ni giatmara tempat aku belajar adakan perlawanan bowling dekat Greentown Mall. So jika ditolak dicampur bahagi dan darab. Ini adalah kali kedua aku bermain bowling. Perlawanan kali ni melibatkan semua kakitangan giatmara ipoh timur (termasuk Pengurus)

So pagi tadi dalam pukul 9 amirul amik aku kat rumah. Kami pegi menaiki kereta kancil. Sebenarnya kami kena berkumpul kat tempat bowling tu dalam pukul 10.30 pagi. Tapi aku yang suruh amirul datang rumah aku awal sebab nak belanja dia sarapan pagi dekat naina (restoran mamak). So dalam tepat pukul 9.30 pagi kami sudah selesai makan dan ingin bertolak menuju ke destinasi.

Kemudian kami pergi ke taman cempaka utk ambil pija kat rumah dia. Then lepas dia kuar dari rumah. Kami meneruskan lagi perjalanan ke Greentown Mall.

Then kami dah tiba di kawasan destinasi agak awal. Dalam lingkungan 9.50 pagi. Waktu itu masih belum kelihatan kelibat @ bayang pelajar atau kakitangan giatmara ipoh timur yang lain. Pija plak contact syuk. Menurut pija syuk masih belum mendapat bas utk pergi ke destinasi. sungguh kasihan. Lepas dah ada orang sampai kami semua pergi ke tingkat atas (tempat bowling) tapi waktu tu tempat tersebut masih belum dibuka.

Apabila kawasan bowling dibuka, kami semua masuk dan tunggu cikgu2 datang utk meneruskan acara. Setelah mereka datang kami mengambil kelengkapan seperti kasut dan juga bola.

selain daripada rakan2 giatmara. Ada la beberapa orang lain yang turut berada kat tempat bowling tu. Salah seorang darinya adalah rakan kepada daniel. Beliau juga turut hadir pada hari tersebut. Namun begitu beliau hanya menonton sahaja.

 

So tibalah masa utk sesi bergambar. Hehe

akhirnya pemarkahan pun dibuat. dan dipati kumpulan Aiman berjaya mendapat tempat pertama. Tahniah kita ucapkan kepada kumpulan tersebut :)

 

Bowling @ Jaya Jusco

Saturday, March 22nd, 2008

Ahaks ! today aku dan rakan2 giatmara pergi main bowling kat jaya jusco. Kalau diikutkan mana larat aku nak pegi. ye la, malam sebelum tu aku dah main futsal. Then aku dok surfing2 saje pun dah tido kul 4 pagi. Besok pagi tu bukan tido sangat pun. Ada keje lain pulak yang nak dibuat. Lepas selesai semua urusan harian tu. Baru la aku gerak ke Jaya Jusco dalam pukul 1 pm cam tu. Tunggu bas agak lama.

sebenarnya bukan kelas aku yang buat perancangan nak pegi bowling nie. Yang mula2 buat perancangan nie dari kelas bengkel B. So mejoriti yang hadir kat tempat bowling tu adalah rakan2 dari kelas bengkel B.

ha macam2 skill yang boleh aku tengok daripada gaya diorang nie main bowling. Untuk pengetahuan semua. Hari ni adalah pengalaman pertama aku main bowling. Tapi ok gak la walaupun pertama kali main aku lawan dengan syam , bob , raja .. aku dapat tempat pertama.

dah abes semua sesi.. Aku nak menjamu selera plak. Tapi tak berkesampaian sebab aku nak balik ngan mak aku yang akan sampai kat Jaya Jusco tu bila2 masa je.. So aku just lepak je la kat Food Court tu tengok diorang2 nie makan.

 

Futsal @ Extreme Park

Saturday, March 22nd, 2008

Semalam shafiq dan fadhli ajak aku main futsal kat Extreme Park. Aku pun setuju je sebab aku dah lama tak bersukan. Disamping aku tengah tak berapa sihat nie so elok aku bersukan sekejap. Dalam keadaan tengah tak sihat tu pun kira ok la aku score 3 gol.

Namun begitu tak byk sangat gambar yang boleh diambil sebab keadaan yang kurang cahaya (kamera takde flash) bukan takde.. tapi yang build in flash kurang kualiti kalau digunakan pun.

Lepas dah abes main futsal tu. Kita orang semua pegi minum2 plak dekat kedai makan nenas. Aku tak larat nak makan sebab sebelum main futsal tadi dah makan roti canai 2 keping. So aku just minum je kat situ.

 

Kopitiam

Thursday, March 20th, 2008

Ahaks.Hari ni aku cuti tak pergi giatmara.Shafiq pun bercuti gak.so apa lagi, kita berdua pun berjalan la kat kawasan sekitar ipoh nie.tapi tak sampai pekan ipoh lagi.So tadi dalam kul 12 tengah hari kot shafiq datang ambil aku kat rumah.Lepas tu dia hantar mak dia pegi rumah yang aku tak kenal kot. kemudian dia pergi hantar mak dia balik rumah.Lepas tu dia pegi amik hakim pulak.round punya round sampai lah kami dekat kopitiam.

ahaks.. dah sampai kat sana kita orang pun order la.. Kalau tak silap semua order minuman yang sama tanpa makanan, kecuali si hakeem yang order makanan. lapar katanya.. Sebenarnya aku pun lapar time tu sebab belum sarapan lagi. Tapi tahan aje la hehe..

Sebenarnya kami bukan bertiga sahaja. Ada lagi sorang nie ikut sekali (fadhli).. Ha kat sana orang paling terer posing utk bergambar dia lah !! hehe. Tengok gambar dia penuh dengan pelbagai aksi.

Macam2 la kita orang sembang sebab dah lama tak berjumpa. Ye lah semua sibuk dengan urusan harian masing2. Aku sibuk dengan giatmara, hakeem dan shafiq sibuk dengan study dengan aliran masing2, Fadhli pulak sibuk dengan kerjaya usahawannya.

 

Keputusan SPM

Friday, March 14th, 2008

 

 

ahaks seperti yang kita ketahui 12/03/08 merupakan tarikh bagi pelajar spm 2007 mengambil keputusan spm mereka.Aku juga merupakan salah seorang daripada calon spm 2007.Pada hari tersebut aku bertolak dari rumah ke sekolah pada pukul 10.30 pagi. Namun begitu, sebelum bertolak lagi aku telah mengetahui keputusan spm yang telah di sms oleh cikgu perdagangan aku.

Setibanya di sekolah aku lihat tidak ramai pelajar yang datang utk mengambil result mereka. Hal ini mungkin disebabkan mereka sibuk dengan urusan masing2. Kebanyakannya mungkin ada yang bekerja dan tidak dapat cuti untuk pergi mengambil keputusan SPM.

Apapun kita mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang

bagi kawan2 yang masih tidak berjaya, diharapkan mereka akan cuba untuk mencari peluang yang ada untuk meneruskan hidup. Tak kiralah apa jua bidang asalkan tidak menyalahi undang2 negara dan juga agama ;)

Elaun Pertama

Monday, March 10th, 2008

ahaks.. aku dikira orang yang lambat dapat cek dari pengurus giatmara.Banyak jugak ragam dan kerenah yang perlu pelajar giatmara tempuhi waktu ambil elaun nie.Contohnya cop tak cukup, alatan tak cukup, tulis guna pensel, dan sebagainya. Alhamdulillah waktu aku pegi tu dalam keadaan yang agak tenang dan mudah utk aku mengambil cek daripada pengurus giatmara tersebut.