
Semalam 23 September 2007 jam 2.30am merupakan peristiwa bersejarah yang sedih buat beberapa buah family.Hal ini kerana pemergian nenek yang agak mengejutkan kami semua.Sungguhpun nenek sudah lama tidak balik ke rumah ku akibat ditahan oleh pihak hospital.Pada mulanya nenek hanya di tahan di hospital dengan keadaan yang masih lagi orang kata sihat dan boleh menghiburkan hati kami sekeluarga.Namun semakin hari nenek semakin tua..Usia nenek juga semakin hari semakin meningkat.Tak kala itu nenek semakin ditimpa pelbagai penyakit.Sungguh kasihan aku melihat dia.

Untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada nenek, ayahku telah mengeluarkan belanja yang agak besar supaya nenek tidak perlu banyak berjalan di rumah kerana di dalam bilik nya telah di sediakan tandas dan lain2 kemudahan.Justeru itu abah dan emak jugak telah mengambil pembantu rumah untuk menjaga nenek ketika semua orang berada di sekolah dan bekerja.Apa yang menyedihkan ialah nenek hanya dapat merasakan duduk di rumah kami hanyalah sekejap.Seperti yang aku nyatakan tadi..dia di tahan di hospital.Pada mulanya semua orang ingat dia di hospital hanyalah untuk seketika.Semua sangkaan kami tadi merupakan sangkaan semata-mata.Nenek berada di hospital selama 77 hari.(semalam merupakan hari terakhirnya).
Setiap hari mak aku dan juga pembantu rumah bergilir gilir menjaga nenek di hospital.begitu juga dengan adik beradik mak aku yang lain turut membantu untuk menjaga nenek walaupun mereka berada jauh dari hospital ipoh.Tidak ketinggalan adik beradik aku yang lain turut juga menjaga nenek ketika mempunyai waktu terluang.
Aku tidak tahu bagaimana hendak membicarakan lagi.Kerana yang pergi tetap akan pergi.Sebagai manusia yang masih hidup di muka bumi Allah ini haruslah meneruskan kehidupan seperti biasa.Apa yang boleh dilakukan ialah mendoakan agar nenek kembali kepada Allah dalam keadaan selamat
AMIN ~
Recent Comments