anai-anai version 2

Monday, June 25th, 2007



hmm itu la gambar anai2 yang telah merosakkan harta benda dalam rumah
selamalam aku dengan kakak aku telah menjayakan misi yang agak besar nie dekat bilik akak aku tu.. huhu menjerit2 dia angkat kotak tu hehe tapi memang menggelikan la kalau tengok… aduh2 ni pn dekat bilik aku dia dah turun sket2… aku pun geram tengok…

aku rasa esok ada lagi misi anai2… tapi misi kecik je la just kikis kat tepi dinding dalam bilik aku nie…

anyway tadi aku pegi tengok anai2 kat tempat aku buang tu… mereka masih idup haha…
mungkin esok aku akan bakar kot menda2 yang dia dah korbankan tu

P/S : help me to destroy them!

Streamyx banner

Thursday, June 21st, 2007

ahaks aku saja jalan2 kat internet baca apa2 yang best dan aku terjumpa beberapa banner streamyx yang amat kreatif.. korang leh tengok kat bawah nie :

 

ahaks yang ni terakhir :

Semua ni diambil dari : http://www.streamyxsucks.com/

Shooter 2007

Thursday, June 21st, 2007



ahaks… ni la cerita latest yang aku baru tengok dalam idup aku… huhu best.. korang tengok la kalau nak tau more info ~

Anai-anai

Thursday, June 21st, 2007

oh my god… tension tul !!! dalam bilik aku sekarang kena serang dengan anai2… why ? coz bilik aku ni aku share 2 orang iaitu aku ngan kakak aku… huhu tapi kakak aku tdo kat atas aku tdo kat bawah…since aku pindah rumah nie ayah aku tambah bahagian atas nie..but kayu yang kat atas nie mmg tak berkualiti dan waktu letak pn diorang tak de sembur ubat anai2 tu…aiseh~ sekarang aku la jadi mangsa… balik sekolah dah jadi rutin plak tuk kikis anai2 punya house haha..

so semalam misi ke 3 aku dengan anai2 nie!!! wah! ayah aku gerak subuh lagi dia dah bising keh keh..dia kata dah sampai ke bawah house dia tu isk! aku pn balik sekolah terus la mulakan misi… aku amik apa2 patut tuk kikir house diorang dan satu lagi kelengkapan iaitu ridset…tau apa jadi ? bilik aku bau ridset 2 hari adoi sakit pala aku.. (tu pasal aku tdo awal semalam haha)

P/S : sapa2 ada cara yang berkesan cepat2 hubungi aku !!!!

My Keyboard

Monday, June 11th, 2007

 

 

ahaks tu keyboard aku…
“Logitech Easy Keyboard Deluxe Black” hehe… aku bukan nak tunjuk keyboard aku ni… just nak story bout today..

ari ni aku ada kelas tambahan so aku tak balik rumah after abes waktu persekolahan… lepas je sekolah aku terus pergi ke kantin tuk lunch…tapi biasa la kantin sekolah aku mahal gler… biasanya aku suka makan dekat kantin politeknik depan sekolah aku tu…tapi diorang kata class start kul 2 so kalau aku pergi poli mana sempat nak solat @ pegi kelas etc…

so aku buat keputusan mkn kat kantin sekolah aku je walaupun agak mahal…lepas aku mkn aku terus lepak kat kelas sebab aku tengok jam lagi 5 minit kul 2…hmmz

tunggu cikgu punya la lama… tiba2 ada satu abg jual roti tanya kunci koop kat aku… aku kata ada kat cikgu … aku pn g panggil @ cari cikgu azlina… dia plak tak de… seb baik ada cikgu petang… dalam perjalanan pergi ke bilik guru tu.. aku nampak cikgu yang nak ajar kelas petang tu… aiseh dia dah solat rupanya…kalau aku tau aku g solat ngan dia sekali tadi pn tak pe… tapi dah tak sempat nak wat cam ne… so dah setel la bab koop tadi.. pastu kelas start cam biasa sampai la abes…. bila dah abes tunggu ayah aku amik aku plak sebab
waktu aku call dia tu dia tengah ada dekat office.. so agak lama la gak aku tunggu dia.. dia pn sampai

dalam kereta elok dekat traffic light dia kata jom solat kat masjid solatiah … aku rasa berat ati gak sebab aku dengan tak mandi dari tengah hari kan hehe.. nak tak nak aku senyap dan pergi solat…

Cerita pun bermula (keyboard story)

ok lepas dah solat terus pulang ke rumah.. hehe dah sampai rumah aku pn bukak baju sekolah…pastu on pc… tengah2 duduk kat kerusi kat meja komputer ni.. aku perati keyboard aku ni cam lain macam sket hehe.. aku nampak ada semut tengah wat port plak arghhh.. tak leh tahan aku tengok diorang bersukaria di rumah baru keh keh… apa lagi aku terus pegi kat tool box pastu aku amik skru driver.. aku bukak keyboard ni aku lap2 tapi still nampak semut kuar sekor sekor… isk isk isk sakit ati sungguh… aku geram aku tanggal komponen lain kasi tinggal plastic tu je.. dan aku gi basuh kat singki … haha apa lagi tenggelam la semut2 yang bermaharajalela kat keyboard aku ni.. pastu aku lap2 keybpard ni keringkan ia depan kipas dan aku pasang balik… wah!!! nampak clean sket
keyboard ni..dah la clean pastu bila tekan rasa cam baru beli balik.. hehe tq semut kerana telah beri kepuasan pada aku hari ini

Info Meludah

Sunday, June 10th, 2007

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan
tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.

Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya.
Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan
orang ramai atau orang sedang menjamu selera.

Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air
liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan
tempat-tempat kotor yang lain.

Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-

1) Jika meludah kekiri – Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis
(DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan – Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita
iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan – Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT.
(Nauzubilah )

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, Meludah lah Selalu ke
Sebelah Kiri.

Wallahualam.